Sunday, 31 July 2011

Ramadhan kembali 1432H

Assalamualaikum kepada semua...
Alhamdulillah, kita bertemu kembali di bulan Ramadhan yg penuh rahmat ini...
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT BERPUASA dan sama-samalah kita mengimarahkan bulan RAMADHAN yg penuh keberkatan ini.

Puasa bukan sekadar menahan diri daripada lapar dan dahaga, tetapi puasa juga ada menahan telinga, kaki, tangan, mulut, mata dan semua pancaindera daripada melakukan perbuatan yang sia-sia. Mulakan dari sekarang untuk melatih diri daripada melakukan perbuatan2 yg diMurkai Allah kerana bulan inilah syaitan telah diikat, pintu-pintu neraka ditutup dan pintu-pintu syurga dibuka.

Seandainya kita masih melakukan perbuatan2 yg tidak sepatutnya, mungkin kesan gigitan syaitan disepanjang 11 bulan yg lalu masih terkesan di badan kita. Oleh itu, cubalah untuk menghapuskan kesan tersebut agar puasa kita, ibadah kita diterima Oleh Ya Robb...Ameen...

~peace: Alhamdulillah krn masih dipanjangkan umor utk bertemu Ramadhan kali ini...~

Monday, 18 July 2011

~Bertanya Khabar orang tua2~

Dalam kehidupan kita, kita dikelilingi oleh keluarga, saudara mara, sahabat handai, rakan taulan, saudara seislam, makhluk Allah yang lain dan ramai lagi...dan semua ini mempunyai ragam yang berbeza... Kadang-kadang mereka terlupa orang yang dekat untuk bertanyakan khabar. Entah di mana silapnya, walaupun Malaysia kini canggih dengan pelbagai teknologi komunikasi tetapi orang kita sering lupa bertanya khabar orang tua. Seharusnya bukan hanya ketika sakit, sekurang-kurangnya sewaktu sihat juga perlu...lagi-lagi orang yang lebih tua dari kita... jangan bila orang sudah sakit, baru datang. Tu pun marah dl sebab tak bagitahu awal2 sebab orang tua sakit... Tak baik lah begitu...seharusnya sentiasa bertanya khabar..Kekadang, orang terlupa memberitahu kerana kesibukan. Kena fikirlah perasaan orang lain juga.. Yang kamu tu satu hal, bila jadi mcm ni, sibuk nak salahkan org, kenapa tak salahkan diri sendiri???

~peace...bertanya khabar selalu tika sihat @ sakit memberi satu kegembiraan buat orang tua..~

Tuesday, 12 July 2011

~Ku sayang 'Che'~

Nenekku sakit.. tak mampu ku ucapkan kata2 pd wkt dia sakit hari tu...
Sedih sebab dia tak boleh bernafas..sesak nafas. Ayahku tengok dia apa lagi, terus dukung emaknya. Dari 5:30pagi p hospital sungai buloh, pukul 3.15petang baru masuk ward...mula2 di klinik, che katanya sakit batu dlm hempedu,...bila duk lama dlm ward, doktor check dia ada paru-paru berair dan injap jantung dia berlubang...selepas kuar ward ni, kena rujuk ke IJN pula check jantung...harap semuanya baik nanti...

~peace...che shj lah nenek yg masih kuada...~

Tuesday, 5 July 2011

~Jamuan Lagi~

Hari ni APY stand for (Akademi Pengurusan YaPEIM) telah mengadakan jamuan untuk Zakiah yg akan tamat tempoh praktikal pada ahri Jumaat ni...Kami buat awal jamuan sbb rabu, khamis n jumaat ada yg bercuti...Jadi buat ler awal...di doakan semoga Zakiah success dalam cabaran hidup selepas ini...Semoga cpt2 dapat kejer yer n boleh ler kawin pasni..hehehe...Good Luck!


 Ni ler makanan kami...banyakkan...
 Ni tuan yg diraikan...hehehe
 Ni hadiah dari Zakiah...terima kasih yer...

Ni saya punya...


~peace..suka hadiah dia...sweet...~