Apa itu Qaseh Gold?
Jus qaseh gold diformulasikan 15 RAMUAN HEBAT daripada makanan sunnah terunggul dan herba-herba terpilih untuk membantu meningkatkan tenaga fizikal, minda & emosi serta menjana kesihatan dan menyerlahkan kecantikan semula jadi.
KEUNIKAN BAHAN-BAHAN ASEH GOLD
Kurma, Madu, Air Zamzam, Minyak Habatus' sauda, Tiin, minyak zaitun, manna (gam arab), gingko biloba, sireh, dan delima, Setiap bahan-bahan ini memang tidak dapat disangkal lagi khasiatnya.
Bagi setiap qaseh, ada tambahan di dalamnya seperti;
Qaseh Gold Kekanda ialah guarana, Tribulus & Ashwaganda
Qaseh Gold Adinda ialah passiflora, manjakani & pegaga
Qaseh Gold Junior ialah badam, bayam & krismis
Inilah jus hebat daripada Ana Edar..
Syarikat Muslim, Produk Muslim, Usahawan Muslim... InsyaAllah..
Jus Qaseh Gold diformulasi dengan 15 Ramuan Hebat daripada makanan sunnah terunggul dan herba-herba terpilih untuk membantu meningkatkan tenaga fizikal, minda & emosi serta menjana kesihatan &menyerlahkan kecantikan semulajadi. Bahan-bahannya seperti kurma, madu, air zamzam, delima, habatus sauda, zafran, buah tiin, gam arab, gingko biloba, sireh, zaitun.
Showing posts with label Info Berguna. Show all posts
Showing posts with label Info Berguna. Show all posts
Saturday, 21 February 2015
QASEH GOLD PRODUK ANA EDAR
Tuesday, 16 August 2011
~Manusia dan Jin...~
Seperti dah lama jer tak tulis blog ni... Tak sempat-sempat nak menulis. Ni ada kesempatan untuk menulis sedikit. Macam biasa surau kat umah saya ada tazkirah waktu nak buat solat terawikh. Makanya, Ya Fadhil Ustaz Malik mentazkirahkan tentang 'manusia dan jin'....
Jin ni lebih ramai dari manusia..kalau boleh nampak tak tahulah...berasak-asak kot mereka. dan yang akan ada dlm neraka juga, manusia dan jin. jin ni sama jer dgn manusia cuma mereka duduk di alam lain yang kita tak nampak ler. Segala amalan manusia dan jin tetap akan dihitung. Jin yang buat jahat tetap akan masuk neraka sebab mereka bukan seperti malaikat.
Yang menariknya, jin ni juga duduk dalam darah dalam badan manusia. Jika kita tidak mengamalkan ibadah kepada Allah spt solat, puasa, berzikir, selawat, mengaji alquran dan sebagainya, jin akan membiak dalam badan kita dengan cepat. Lama-kelamaan pelbagai penyakit yang boleh terjadi kat badan kita serta gangguan-gangguan jin seperti kanser, pemarah, buat perangai yang tak baik dan sebagainya. Sebab tu kalau manusia jahat kita panggil manusia syaitan, kalau jin jahat kita panggil jin syaitan. Oleh itu, kita kena faham ler kenapa seseorang mudah berubah sikap dan buat perkara tidak baik.mungkin sebab kita lalai perintah Allah. Antara apa yang diperkata oleh ustaz,..ni antara ingat ler...Banyak lagi...tp lupa dah...
Antara tanda-tanda ada gangguan jin pula, ustaz bagi tahu 42 jenis tap ni yang saya ingat. Contohnya adalah:
1. Sukar tidur malam
2. panas baran- Jika org tu tengah marah, tepuk belakang bahu dia...Sebab jin duduk atas bahu...nanti cepat hilang ler marah tu...
3. Mandul
4. Keguguran yang kerap.
5. bermimpi berada di tempat-tempat yang kotor.
6. Bermimpi binatang berbisa seperti ular, kala jengking dan sebagainya. Jika ular patut kita, tanda sihir dah terkena pada kita.
7. Bermimpi bayi.
8. Bermimpi susukan bayi tanda sihir sudah terkena.
9. Bermimpi terjun dari tempat yang tinggi.
10. Sakit kepala tanpa sebab selepas waktu Asar ke atas.
11. sakit dada
12. Panas badan apabila mendengar orang membaca ayat alquran @ azan.
13. Tidak suka kepada hal-hal keagamaan..dengar ceramah tak mahu, mengaji tak mahu dan sebagainya.
14. Malas dan berasa berat badan.
15. lenguh-lenguh badan tanpa sebab.
16. batuk yang berterusan dan lama.
17. Jika orang lain batuk tetiba anda pun batuk juga, tu pun ada gangguan.
18. Bayi menangis sewaktu selepas asar ke atas terutama nak dekat maghrib. Jika ibu mengambil bayi dan bayi menangis tandanya gangguan ada pada ibunya.
19. Cepat rasa penat.
yang lain-lain saya tak ingat... kalau saya ingat saya update kemudian yer...
Apa-apa pun, kita amalkan amalan2 yang baik agar jin2 ini tidak membiak dalam badan kita. Banyakan zikir kerana zikir pengubat segala hati....Mudah-mudahan..Amin..Insyaallah....
~peace.... jika area Kota Damansara nak berubat boleh ler bagitahu amal.... Ayah amal, Insyaallah boleh tolong tengok2kan....~
Tuesday, 28 June 2011
~Israk Mikraj..~
Peristiwa ISrak Mikraj merupakan keagungan dan kekuasaan Allah s.w.t. dan seharusnya ia dijadikan teladan dan keinsafan dalam diri kita.. Kerana apa? sesungguhnya peritiwa israk dan mikraj ini adalah diluar kotak pemikiran kita. Akal kita terbatas utk memikirkannya hanya berpaksikan Iman dan yakin bahawa semua ini adalah kekuasaan Allah.
Antara peristiwa bersejarah ialah bermulanya kewajipan bersolat 5 waktu...
Tapi bagaimanakah sebenarnya perjalanan Nabi kita ini?Sebelum tu kita perlu memahami dahulu apa yang dikatakan Israk Mikraj ni...Israk membawa pengertian perjalanan nabi Muhammad SAW pada malam hari dengan menuggang Burak bermula dari Masjid Al-Haram di Makkah Al-Mukarramah ke Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis, Palestin. Manakala Mikraj membawa maksud naiknya nabi Muhammad SAW ke langit dari Masjid Al-Aqsa ke Sidratul Muntaha. Nabi Muhammad s.a.w ditemani oleh malaikat Jibrail as dan Pada masa yang singkat inilah, nabi diperlihatkan pelbagai peristiwa...antaranya:
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
2. Tempat yang berbau harum.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
3. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
4. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
5. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tetapi ditambah lagi kayu yang lain.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan gunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
9. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tetapi sudah terlambat.
11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke hari tua.
13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di Masjid Al-Aqsa, Rasulullah SAW turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan seluruh para nabi dan rasul untuk mengerjakan solat dua rakaat. Selepas itu, Rasulullah SAW terasa dahaga, lalu dibawa Malaikat Jibrail AS dua gelas yang berisi arak dan susu. Baginda memilih susu lalu diminumnya. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
Dan sepanjang perjalanan mikraj Rasulullah SAW ditemani oleh Malaikat Jibrail AS dan di antara peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan itu:
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. baginda naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
1. Langit Pertama: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam AS. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat hodoh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
2. Langit Kedua: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa AS dan Nabi Yahya AS.
3. Langit Ketiga: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit ketiga, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Yusuf AS.
4. Langit Keempat: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit keempat, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Idris AS.
5. Langit Kelima: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit kelima, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Harun AS yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
6. Langit Keenam: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit kelima, lalu masuk dan bertemu dengan para nabi. Seterusnya bertemu dengan Nabi Musa AS. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
7. Langit Ketujuh: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit kelima, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah AS yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur di hadapan beberapa kaumnya. Nabi Ibrahim AS bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah umat yang terakhir dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu ‘la haula wa la quwwata illa billah’” Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim AS bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: ‘suhanallah, walhahamdulillah, wa la ilah illa allah, wallahu akbar, wa la haula wa la quwwata illa billahil ‘aliyyil azim’. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS masuk ke dalam Baitul-Makmur dan mengerjakan solat (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
8. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" pada dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah.Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah SAW dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik pennjaganya.
9. Tangga Kesembilan: Di sini pada pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW. masuk ke dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
10. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata kepala baginda, lantas sujud dan bermunajat kepada Allah SWT. Kemudian, Allah SWT memfardhukan solat 50 waktu kepada Rasulullah SAW dan umat Islam.
Selesai munajat, Rasulullah SAW di bawa menemui Nabi Ibrahim AS dan kemudian menemui Nabi Musa AS lalu menyuruh Rasulullah SAW merayu kepada Allah SWT agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah SWT perkenan memfardhukan solat lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
Setelah daripada itu, Rasulullah SAW turun ke langit dunia semula dan seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq untuk pulang ke Makkah Al- Mukarramah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id) diambil dari
Apabila Rasullullah menceritakan peristiwa ini kepada masyarakat umum di Makkah mereka hanya mentertawakan baginda kecuali Saidina Abu Bakar yang mempercayai Rasulullah sehingga beliau diberi gelaran as-siddiq yang bermaksud orang yang benar. Itu yang berlaku pada zaman nabi yang mana Islam sukar diterima oleh masyarakat ketika itu.
Di zaman ini, diharap dengan keyakinan kita terhadap ISLAM itu agama syumul, Allah yang Maha Agung dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, maka kita ambillah ikhtibar. Tingkatkan iman dan taqwa kepada Allah, banyakan amal, jangan tinggal solat yang merupakan tiang agama kita dan carilah redha Allah di bulan Rejab ini...Semoga Allah mengampunkan semua dosa kita yang lepas..
~peace... sekadar berkongsi.. Andai ada salah silap harap dimaafkan..wallahu'alam..~
Sunday, 19 June 2011
~..Sihir, Santau atau terkena kacau dengan makhluk halus...~
sihir atau santau memang cukup terkenal pada satu ketika dulu... Lama-kelamaan perbuatan yang melanggar hukum Allah dan syirik itu telah memudar dalam kehidupan kita...
Namun, pada zaman yang canggih makin ramai orang yang mempercayai sihir atau santau walaupun mengetahui perkara tersebut adalah salah di sisi Islam...
Jenis Santau
Terdapat 2 jenis santau iaitu:
- Santau yang diperbuat daripada adunan tertentu secara hakiki iaitu tidak melibatkan peranan jin dan syaitan. Jenis ini agak mudah dirawat.
- Santau yang disertai dengan pemujaan terhadap syaitan dan syaitan. Ianya dikenali sebagai santau angin dan ianya agak sukar dirawat kerana melibatkan peranan jin.
ANTARA TANDA-TANDA DIRI TERKENA SIHIR, SANTAU, SAKA, KERASUKAN ATAU HISTERIA
Tanda-tanda ini berlaku ketika anda tidur @ jaga :-
- Sakit belakang tanpa sebab
- Sakit kepala @ migrin yg luar biasa dan berterusan tanpa sebab klinikal
- Loya & sebu perut tanpa sebab( muntah2 \ muntah darah \ batuk darah )
- Sakit di bahagian tulang rusuk kiri @ kanan @ ulu hati
- Sakit di bahagian tulang punggung tanpa sebab
- Sakit di bahagian perut tanpa sebab ( angin )
- Istihadah ( darah keluar melebihi 15 hari )
- Terasa sesuatu yang mengekori diri
- Malas utk melakukan ibadah kepada ALLAH
- Takut menziarahi jenazah \ melihat orang mati
- Sering sesak nafas terutama menjelang waktu maghrib & tgh malam ( dada berdebar \ resah gelisah )
- Timbul rasa takut tanpa sebab ( lemah semangat )
- Nampak bayangan yang menakutkan \ menyeramkan
- Sering pengsan tanpa sebab
- Terdengar bisikan yg meminta melakukan sesuatu yangdilarang oleh ALLAH spt ( aktiviti syirik dsb )
- Ragu-ragu tentang keimanan
- Sering mimpi yang menakutkan ( mimipi bayi kecil, ular hitam,anjing hitam , binatang2 berbisa )
- Mimipi terjatuh dari tempat yang tinggi
- Mimipi ke tempat kotor, sunyi spt tandas
- Terdengar suara yang datang menyergah ketika tidur
- Terasa sesuatu menyentap kaki ketika tidur
- Tanda lebam di tubuh tanpa sebab
- Bayi tidak berhenti menangis tanpa sebab
Kesan-kesan jangka panjang
Firman Allah dlm Al-Quran :-
( وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاء وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ وَلاَ يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إَلاَّ خَسَاراً ) الا سرأ : 82
Dicatat oleh Utz Alfian di 1:59 AM- Boleh membawa maut jika sampai ajal
- Gila, bingung, berkelakuan seperti orang bodoh
- Keluarga berpecah belah, rumah tangga tidak aman
- Sakit berpanjangan, pakar perubatan @ doktor tidak dapatmengenal pasti penyakit berkenaan
- Hilang pangkat, kerjaya dan harta benda
- Perniagaan merosot dan tidak maju
- Hilang daya ingatan.
- Kulit akan merekah serta keluar air dan nanah.
- Tabiat akan berubah seperti seorang yang dikenali dengan penyabar bertukar menjadi panas baran.
- Badan menjadi bongkok akibat batuk berpanjangan.
- Badan menjadi licin disebabkan seluruh buluh di badan telah gugur.
- Kelopak mata menjadi kehitaman akibat daripada tidur yang sering terganggu.
- Terjadinya kanser dan ketumbuhan.
- Jika pesakit hamil akan mengalami keguguran.
Firman Allah dlm Al-Quran :-
( وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاء وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ وَلاَ يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إَلاَّ خَسَاراً ) الا سرأ : 82
Artikel dari:
Ayat Pendinding Diri
1) بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم
2) أعُوذُ بكلمات الله التامات من شر ماخلق
Semoga Kita semua terhindar daripada perbuatan-perbuatan ini...Amin
~peace...semoga yang pembuat akan insaf...~
Saturday, 14 May 2011
~MAKNA~
Kenapa hari ni aku tulis tajuk MAKNA sahaja? apa makna semua ni...(hehehee....)
Kepada sesiapa yang belum dengar, MAKNA ni merupakan satu badan NGO yang bermaksud Majlis Kanser Nasional.
Wanita merupakan golongan yang sering diserang Kanser. Lelaki dan kanak-kanak ada tetapi bilangannya tak seramai wanita.
Jadi kepada rakan-rakan, marilah kita sama-sama mengambil peringatan tentang kanser ni kerana ia tidak mengenal usia.
FAKTOR-FAKTOR UTAMA KANSER:
1. Obesiti
2. Smoking (tidak kira rokok ker asap kereta ker asalkan apa jua bentuk asap)
3. No Breast Food (jadi sekiranya anda sudah menjadi ibu, susukan bayi anda. Jangan takut tidak cantik kerana kalau anda tidak menyusukan bayi anda, risiko untuk mendapat kanser lagi cepat.. )
4. Late give birth
5. High Fat Food
6. Mineral Bottle (pastikan botol yang anda guna hanya no.1,2,4, dan 5 sahaja.. Selain botol no.ni, botol tersebut tidak selamat.)
7. To much vitamins
8. Genetic (hanya 32% sahaja)
9. Strees (maka amalkan senyum selalu)
10. Food (ni memang punca yang dapat dilihat sekarang sebab cara pemakanan yang tidak betul, cara memasak makanan tersebut dan sebagainya. Nasib baik tak suka makan dikedai..hehehe)
ANTI-KANSER
1. Bawang putih, bawang merah, timun dan halia
2. Pasta
3. Brocoli (tapi paling bagus cara makannya buat juice)
4. Tomato
5. Green Tea
6. Fish (salmon, sardin, mackerel)
7. All fruit, green apple
8. Kurangkan makan daging serta daging ayam (senang semua jenis daging) _tapi yang organik tak mengapa.
9. Fiber
10. Low Fat Yogurt
11. Beans
12. Air masak
SIMPTOM-SIMPTOMNYA
1. perubahan pada air kecil atau air besar dalam jangka 2-3 bulan
2. Pendarahan luar biasa @ terdapat lelehan daripada mana-mana bahagian badan.
3. Luka @ bisul yang tidak sembuh (bertukar warna, berdarah @ ulser)
4. Pendarahan luar biasa dari hidung, tekak @ bunyi deringan di dalam telinga)
5. Terdapat ketulan yang tumbuh secara tiba-tiba dan tidak hilang diikuti dengan rasa sakit.
6. Senak dan kesukaran untuk menelan.
7. Sakit yang berterusan dan tidak selesa pada bahagian abdomen.
8. Suara menjadi serak @ batuk melebihi 2 minggu terutama pada mereka yang tidak merokok. Batuk penghisap rokok yang bertambah teruk.
9. Perubahan pada tompok kulit, ketuat ? kutil @ tahi lalat.
10. Rasa letih senantiasa dan / atau kehilangan berat badan yang mendadak (10% atau lebih) dalam masa 3-6 bulan.
ANTARA CARA MENCEGAH
1. Lakukan senaman 3 kali seminggu
2. Makan buah epal hijau sebijik satu hari
3. Minum air masak selepas bangun tidur sekurang-kurangnya 4 gelas @ 800ml.(dalam masa 20 minit)....(fungsi ni untuk keluarkan toksin, cegah gastrik, dan cegah diabetis jika diamalkan secara kosisten)...
Maka itu, ambillah langkah yang bijak...
~peace...cegah penyakit itu lagi baik dari mengubati.....~
Subscribe to:
Posts (Atom)






