Sunday 31 July 2011

Ramadhan kembali 1432H

Assalamualaikum kepada semua...
Alhamdulillah, kita bertemu kembali di bulan Ramadhan yg penuh rahmat ini...
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT BERPUASA dan sama-samalah kita mengimarahkan bulan RAMADHAN yg penuh keberkatan ini.

Puasa bukan sekadar menahan diri daripada lapar dan dahaga, tetapi puasa juga ada menahan telinga, kaki, tangan, mulut, mata dan semua pancaindera daripada melakukan perbuatan yang sia-sia. Mulakan dari sekarang untuk melatih diri daripada melakukan perbuatan2 yg diMurkai Allah kerana bulan inilah syaitan telah diikat, pintu-pintu neraka ditutup dan pintu-pintu syurga dibuka.

Seandainya kita masih melakukan perbuatan2 yg tidak sepatutnya, mungkin kesan gigitan syaitan disepanjang 11 bulan yg lalu masih terkesan di badan kita. Oleh itu, cubalah untuk menghapuskan kesan tersebut agar puasa kita, ibadah kita diterima Oleh Ya Robb...Ameen...

~peace: Alhamdulillah krn masih dipanjangkan umor utk bertemu Ramadhan kali ini...~

No comments:

Post a Comment