Sunday, 9 October 2011

~..SeBuLaN Yg Di UJi...~

AsSalamualaikum, semua..
Sudah lama ku tidak menulis. Hari ini ku berkesempatan untuk menulis akan ku manfaatkan sepenuhnya masa tersebut.

Now,it's October..Next month is November. So I've one month only to be a bride. But in one month many thing was happen. My fiancĂ©e n I are tested. Kegembiraan untuk menjadi pengantin seolah-olah terbantu. Namun, apa yang telah dirancang, pasti tetap berjalan seperti biasa dengan izin ALLAH. Insyaallah..
Khamis, 6 Oktober 2011 ku menerima panggilan seawal 6.30pagi dari tunangku. Namun ku tak angkat kerana berada dalam toilet. Kebetulan pula, hari tersebut pula ialah hari terakhir Seminar Nilai2 Islam. Pelik tp Ku ingatkan panggilan biasa sahaja. Kemudian dia menelefon kembali. Katanya, dia berada di Kota Tinggi kerana abah dikhabarkan jatuh dari motosikal. Ku tahu bahawa hati tunangku tidak tenteram. Dia risau akan perkara2 buruk akan berlaku. Namun aku minta bersabar kerana ini semua Ujian dariNYA untuk menguji iman seseorang. Aku juga sebenarnya risau tapi aku tidak mahu menunjukkan aku tidak kuat dihadapan tunang. Aku bimbang jika aku menunjukkan sifat lemahku, tunangku menjadi makin lemah. Selepas itu, aku terus mengkhabarkan kepada ayahandaku. 

Abahnya dikatakan terjatuh. Ada pendarahan dalam otak. Tulangnya ada yg patah lalu tertusuk paru2.. Ya Allah, begitu hebat UjianMU. Namun ku harapkan org2 tersayang tabah n sabar menghadapi ujian dariNYA. Abah terpaksa dibedah untuk membuang darah beku. Selepas operation hampir 6 jam, keadaan belum stabil dan ditempatkan di ICU dengan pemerhatian doktor. Doktor juga terpaksa komakan abah dalam tempoh 24-48 jam supaya otaknya relax n untuk hentikan pendarahan yg keluar melalui telinga. 

Hari Sabtu yg lalu aku bersama mak, ayah, mizi n akmal pergi melawat famili mertuaku. Sayu jer rasa apabila melihat muka2 mereka yg kesedihan. Ibu pun aku lihat semakin kurus. Jam menunjukkan 12.20 tengahari. Ibu tunangku masuk melihat keadaan abah. Selepas keluar, gembiranya ibu. Ibu cakap abah mula menggerakkan tangan n kaki. Sebelum ni dalam 2 ari tiada pergerakan langsung. Syukur Alhamdulillah, Allah memakbulkan doa kami walaupun abah belum sedar. Apabila aku masuk bersama emak, aku kesedihan sayu jer tgk...Banyak sangat wayar2 yg disambung. Badan abah juga membengkak.. Aku hampir2 tidak mengenali muka abah. Lain sangat. Kepalanya pun dibotakkan. N kesan operation tu yg tak tahan tengok.

Hari Ahad pula, doktor komakan abah kembali supaya abah relax. Alhamdulillah pendarahan sudah tiada. Dan operation akan dilakukan lagi untuk mencantum kembali tempurung kepala yg dibuka. Selain itu, dikhabarkan juga yg lehernya akan ditebuk untuk mengeluarkan lendir2 yg sebelum ini mulut memainkan peranan. 

Mudah2an, Allah panjangkan umur Abah yg semalam juga merupakan hari lahir abah 091011... Semoga kesehatan abah akan sembuh seperti sediakala. Aku bukan pentingkan diri sendiri tapi aku berharap abah akan sihat untuk melihat hari bahagia anaknya disatukan.. Aku sentiasa berdoa akan kesejahteraan abahnya n diberikan kesihatan yg baik terhadap semua keluarganya. Ameen...~

~peace... tanggungjawab anak sulong memang banyak...~

No comments:

Post a Comment