Wednesday, 17 August 2011

HarI nI SudAh 17 rAmAdHaN bERsAmaAn hArI NUzUL aL-qUrAN

Hari ni 17 Ogos 2011 bersamaan 17 Ramadhan 1432H.. Ada yang cuti menyambutnya antaranya Selangor..yang lain xberapa tahu..tp KL xcuti sbb saya kena bekerja seperti biasa. Wahai kawan-kawan semua kita perlu juga amik tahu kenapa kita cuti pada hari ni (bagi yang cuti) juga pd yg tak cuti pun, kena ambil tahu. hari ni dikira hari sebagai nuzul al-quran kenapa? barulah hidup kita ni bermakna sebab mengetahui semua perkara yang berlaku di dunia ni tidak kira ia berlaku dah beribu2 tahun atau sekarang atau pada masa akan datang. Jika kita mengetahuinya, pasti kita akan rasa lebih bersyukur. Syukur perlu ada dalam diri setiap manusia ni...itu sangat penting..kalau kita tak bersyukur, kita boleh dikira sebagai kufur nikmat tu.. na'auzubillah.... Minta dijauhkan semua tu wahai kawan2...

Dulu saya ada lah belajar bahasa yang paling susah di dunia ni iaitu Bahasa Arab. jadinya maksud nuzul tau lah. Dalam Bahasa Arab, Nuzul bermaksud turun dari atas ke bawah. jadi senangnya Nuzul Al-QUran bermaksud penurunan Al-Quran. Ayat pertama yang turun ialah surah Al-Alaq dimana ia disampai oleh Malaikat Jibrail kepada nabi muhammad s.a.w pada hari keputeraan baginda yg ke 41 pada malam Jumaat ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira' pada tanggal 6 Ogos 610 M.

Peristiwa ini dimana turunnya ayat al-Quran secara berperingkat-peringkat sehingga menjadi satu kitab. Al-quran merupakan mukjizat Nabi yang terbesar. kenapa al-Quran tidak diturunkan sekali gus, kenapa mesti berperingkat-peringkat? hal ini kerana, pada zaman itu, manusia belum dapat menerima Islam sepenuhnya lg..maka Allah turunkan sedikit demi sedikit supya manusia dapat menerimanya serta ia diturunkan berdasarkan peristiwa yang berlaku ketika itu. Al-quran tersembunyi makna yang terbesar kepada umat Islam. ia telah diturunkan selama 23tahun sehingga lengkap Islam tersebut yang disampaikan.

jadi Sebagai umat Islam, kita perlu menghayati makna al-Quran kerana dalamnya terkandung pelbagai zat yang apabila diamalkan akan menjadi pedoman dalam hidup kita. Insyaallah, jika kita ikut al-Quran, nescaya hidup kita pasti selamat...ameen...

~peace....di bulan ramadhan banyak pahala jika baca al-Quran...~

No comments:

Post a Comment