Seperti dah lama jer tak tulis blog ni... Tak sempat-sempat nak menulis. Ni ada kesempatan untuk menulis sedikit. Macam biasa surau kat umah saya ada tazkirah waktu nak buat solat terawikh. Makanya, Ya Fadhil Ustaz Malik mentazkirahkan tentang 'manusia dan jin'....
Jin ni lebih ramai dari manusia..kalau boleh nampak tak tahulah...berasak-asak kot mereka. dan yang akan ada dlm neraka juga, manusia dan jin. jin ni sama jer dgn manusia cuma mereka duduk di alam lain yang kita tak nampak ler. Segala amalan manusia dan jin tetap akan dihitung. Jin yang buat jahat tetap akan masuk neraka sebab mereka bukan seperti malaikat.
Yang menariknya, jin ni juga duduk dalam darah dalam badan manusia. Jika kita tidak mengamalkan ibadah kepada Allah spt solat, puasa, berzikir, selawat, mengaji alquran dan sebagainya, jin akan membiak dalam badan kita dengan cepat. Lama-kelamaan pelbagai penyakit yang boleh terjadi kat badan kita serta gangguan-gangguan jin seperti kanser, pemarah, buat perangai yang tak baik dan sebagainya. Sebab tu kalau manusia jahat kita panggil manusia syaitan, kalau jin jahat kita panggil jin syaitan. Oleh itu, kita kena faham ler kenapa seseorang mudah berubah sikap dan buat perkara tidak baik.mungkin sebab kita lalai perintah Allah. Antara apa yang diperkata oleh ustaz,..ni antara ingat ler...Banyak lagi...tp lupa dah...
Antara tanda-tanda ada gangguan jin pula, ustaz bagi tahu 42 jenis tap ni yang saya ingat. Contohnya adalah:
1. Sukar tidur malam
2. panas baran- Jika org tu tengah marah, tepuk belakang bahu dia...Sebab jin duduk atas bahu...nanti cepat hilang ler marah tu...
3. Mandul
4. Keguguran yang kerap.
5. bermimpi berada di tempat-tempat yang kotor.
6. Bermimpi binatang berbisa seperti ular, kala jengking dan sebagainya. Jika ular patut kita, tanda sihir dah terkena pada kita.
7. Bermimpi bayi.
8. Bermimpi susukan bayi tanda sihir sudah terkena.
9. Bermimpi terjun dari tempat yang tinggi.
10. Sakit kepala tanpa sebab selepas waktu Asar ke atas.
11. sakit dada
12. Panas badan apabila mendengar orang membaca ayat alquran @ azan.
13. Tidak suka kepada hal-hal keagamaan..dengar ceramah tak mahu, mengaji tak mahu dan sebagainya.
14. Malas dan berasa berat badan.
15. lenguh-lenguh badan tanpa sebab.
16. batuk yang berterusan dan lama.
17. Jika orang lain batuk tetiba anda pun batuk juga, tu pun ada gangguan.
18. Bayi menangis sewaktu selepas asar ke atas terutama nak dekat maghrib. Jika ibu mengambil bayi dan bayi menangis tandanya gangguan ada pada ibunya.
19. Cepat rasa penat.
yang lain-lain saya tak ingat... kalau saya ingat saya update kemudian yer...
Apa-apa pun, kita amalkan amalan2 yang baik agar jin2 ini tidak membiak dalam badan kita. Banyakan zikir kerana zikir pengubat segala hati....Mudah-mudahan..Amin..Insyaallah....
~peace.... jika area Kota Damansara nak berubat boleh ler bagitahu amal.... Ayah amal, Insyaallah boleh tolong tengok2kan....~
No comments:
Post a Comment