Sunday, 19 June 2011

~..Sihir, Santau atau terkena kacau dengan makhluk halus...~

sihir atau santau memang cukup terkenal pada satu ketika dulu... Lama-kelamaan perbuatan yang melanggar hukum Allah dan syirik itu telah memudar dalam kehidupan kita...
Namun, pada zaman yang canggih makin ramai orang yang mempercayai sihir atau santau walaupun mengetahui perkara tersebut adalah salah di sisi Islam...

Jenis Santau
Terdapat 2 jenis santau iaitu:
  1. Santau yang diperbuat daripada adunan tertentu secara hakiki iaitu tidak melibatkan peranan jin dan syaitan. Jenis ini agak mudah dirawat.
  2. Santau yang disertai dengan pemujaan terhadap syaitan dan syaitan. Ianya dikenali sebagai santau angin dan ianya agak sukar dirawat kerana melibatkan peranan jin.
ANTARA TANDA-TANDA DIRI TERKENA SIHIR, SANTAU, SAKA, KERASUKAN ATAU HISTERIA

Tanda-tanda ini berlaku ketika anda tidur @ jaga :-

  • Sakit belakang tanpa sebab
  • Sakit kepala @ migrin yg luar biasa dan berterusan tanpa sebab klinikal
  • Loya & sebu perut tanpa sebab( muntah2 \ muntah darah \ batuk darah )
  • Sakit di bahagian tulang rusuk kiri @ kanan @ ulu hati
  • Sakit di bahagian tulang punggung tanpa sebab
  • Sakit di bahagian perut tanpa sebab ( angin )
  • Istihadah ( darah keluar melebihi 15 hari )
  • Terasa sesuatu yang mengekori diri
  • Malas utk melakukan ibadah kepada ALLAH
  • Takut menziarahi jenazah \ melihat orang mati
  • Sering sesak nafas terutama menjelang waktu maghrib & tgh malam ( dada berdebar \ resah gelisah )
  • Timbul rasa takut tanpa sebab ( lemah semangat )
  • Nampak bayangan yang menakutkan \ menyeramkan
  • Sering pengsan tanpa sebab
  • Terdengar bisikan yg meminta melakukan sesuatu yangdilarang oleh ALLAH spt ( aktiviti syirik dsb )
  • Ragu-ragu tentang keimanan
  • Sering mimpi yang menakutkan ( mimipi bayi kecil, ular hitam,anjing hitam , binatang2 berbisa )
  • Mimipi terjatuh dari tempat yang tinggi
  • Mimipi ke tempat kotor, sunyi spt tandas
  • Terdengar suara yang datang menyergah ketika tidur
  • Terasa sesuatu menyentap kaki ketika tidur
  • Tanda lebam di tubuh tanpa sebab
  • Bayi tidak berhenti menangis tanpa sebab

Kesan-kesan jangka panjang

  • Boleh membawa maut jika sampai ajal
  • Gila, bingung, berkelakuan seperti orang bodoh
  • Keluarga berpecah belah, rumah tangga tidak aman
  • Sakit berpanjangan, pakar perubatan @ doktor tidak dapatmengenal pasti penyakit berkenaan
  • Hilang pangkat, kerjaya dan harta benda
  • Perniagaan merosot dan tidak maju
  • Hilang daya ingatan.
  • Kulit akan merekah serta keluar air dan nanah.
  • Tabiat akan berubah seperti seorang yang dikenali dengan penyabar bertukar menjadi panas baran.
  • Badan menjadi bongkok akibat batuk berpanjangan.
  • Badan menjadi licin disebabkan seluruh buluh di badan telah gugur.
  • Kelopak mata menjadi kehitaman akibat daripada tidur yang sering terganggu.
  • Terjadinya kanser dan ketumbuhan.
  • Jika pesakit hamil akan mengalami keguguran.

Firman Allah dlm Al-Quran :-

( وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاء وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ وَلاَ يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إَلاَّ خَسَاراً ) الا سرأ : 82
Artikel dari:

Ayat Pendinding Diri

1) بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم
 2) أعُوذُ بكلمات الله التامات من شر ماخلق

No comments:

Post a Comment