Thursday, 5 January 2012

Selamat TahUn BaRU 2012

Sudah lama ku tidak menulis blog... Agak lama menyepi. Bukan apa, kesempatan untuk menulis tiada sejak dua menjak sibuk selepas kenduri.,..

Sampai tahun baru dah masuk hari ke% baru ler ku buka blog ni..hehehehe
Apa2 pun, belum terlambat untukku buat ucapankan???
Saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 buat semua rakyat Malaysia.
Semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun  sebelumnya....Insyaallah...
MUdah-mudahan,,..

~Akan ku update lagi yer nanti..insyaallah..~

Monday, 14 November 2011

TaNgGal 11.11.11

Lama ku menyepi.. Kini aku telah bergelar isteri. Tanggal 11.11.11 bersamaan 15 Zulhijjah 1432H, aku dan pasanganku telah diijab kabulkan oleh ayahanda tercinta pada pukul 3.45 petang di rumahku. Suasana cukup meriah dengan kehadiran saudara-maraku, sahabat handai, jiran tetangga dan semua yang hadir. 

Keceriaan terus menyinari majlisku dgn kehadiran anak2 dara riang ria dari kampung...Hehehe... Aku dan suami ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat mak, ayah, ibu, abah, semua adik-beradik kami, saudara-mara kami, jiran tetangga yg bertungkus-lumus menyiapkan majlis ini hingga selesai semuanya. Jika ada cacat cela, diharapkan ada kemaafan dari kami sekeluarga.

Apa-apa pun, doakanlah agar rumahtanggaku aman sentosa dan bahagia hingga ke akhir hayat. Semoga kami dihiasi dengan anak-anak soleh dan solehah nanti..ameen..

Nantikan majlis kenduri kami pada 26 november 2011 dan sambut menantu pada 4 december 2011... Doakan agar semuanya berjalan lancar..Ameen.

~peace.. perkahwinan itu sunnah nabi..~

Sunday, 9 October 2011

~..SeBuLaN Yg Di UJi...~

AsSalamualaikum, semua..
Sudah lama ku tidak menulis. Hari ini ku berkesempatan untuk menulis akan ku manfaatkan sepenuhnya masa tersebut.

Now,it's October..Next month is November. So I've one month only to be a bride. But in one month many thing was happen. My fiancĂ©e n I are tested. Kegembiraan untuk menjadi pengantin seolah-olah terbantu. Namun, apa yang telah dirancang, pasti tetap berjalan seperti biasa dengan izin ALLAH. Insyaallah..
Khamis, 6 Oktober 2011 ku menerima panggilan seawal 6.30pagi dari tunangku. Namun ku tak angkat kerana berada dalam toilet. Kebetulan pula, hari tersebut pula ialah hari terakhir Seminar Nilai2 Islam. Pelik tp Ku ingatkan panggilan biasa sahaja. Kemudian dia menelefon kembali. Katanya, dia berada di Kota Tinggi kerana abah dikhabarkan jatuh dari motosikal. Ku tahu bahawa hati tunangku tidak tenteram. Dia risau akan perkara2 buruk akan berlaku. Namun aku minta bersabar kerana ini semua Ujian dariNYA untuk menguji iman seseorang. Aku juga sebenarnya risau tapi aku tidak mahu menunjukkan aku tidak kuat dihadapan tunang. Aku bimbang jika aku menunjukkan sifat lemahku, tunangku menjadi makin lemah. Selepas itu, aku terus mengkhabarkan kepada ayahandaku. 

Abahnya dikatakan terjatuh. Ada pendarahan dalam otak. Tulangnya ada yg patah lalu tertusuk paru2.. Ya Allah, begitu hebat UjianMU. Namun ku harapkan org2 tersayang tabah n sabar menghadapi ujian dariNYA. Abah terpaksa dibedah untuk membuang darah beku. Selepas operation hampir 6 jam, keadaan belum stabil dan ditempatkan di ICU dengan pemerhatian doktor. Doktor juga terpaksa komakan abah dalam tempoh 24-48 jam supaya otaknya relax n untuk hentikan pendarahan yg keluar melalui telinga. 

Hari Sabtu yg lalu aku bersama mak, ayah, mizi n akmal pergi melawat famili mertuaku. Sayu jer rasa apabila melihat muka2 mereka yg kesedihan. Ibu pun aku lihat semakin kurus. Jam menunjukkan 12.20 tengahari. Ibu tunangku masuk melihat keadaan abah. Selepas keluar, gembiranya ibu. Ibu cakap abah mula menggerakkan tangan n kaki. Sebelum ni dalam 2 ari tiada pergerakan langsung. Syukur Alhamdulillah, Allah memakbulkan doa kami walaupun abah belum sedar. Apabila aku masuk bersama emak, aku kesedihan sayu jer tgk...Banyak sangat wayar2 yg disambung. Badan abah juga membengkak.. Aku hampir2 tidak mengenali muka abah. Lain sangat. Kepalanya pun dibotakkan. N kesan operation tu yg tak tahan tengok.

Hari Ahad pula, doktor komakan abah kembali supaya abah relax. Alhamdulillah pendarahan sudah tiada. Dan operation akan dilakukan lagi untuk mencantum kembali tempurung kepala yg dibuka. Selain itu, dikhabarkan juga yg lehernya akan ditebuk untuk mengeluarkan lendir2 yg sebelum ini mulut memainkan peranan. 

Mudah2an, Allah panjangkan umur Abah yg semalam juga merupakan hari lahir abah 091011... Semoga kesehatan abah akan sembuh seperti sediakala. Aku bukan pentingkan diri sendiri tapi aku berharap abah akan sihat untuk melihat hari bahagia anaknya disatukan.. Aku sentiasa berdoa akan kesejahteraan abahnya n diberikan kesihatan yg baik terhadap semua keluarganya. Ameen...~

~peace... tanggungjawab anak sulong memang banyak...~

Monday, 26 September 2011

~Lama tak menulis...~

Ishhh..ishh..ishhh...lamanya tak menulis dalam blog ni...
Maklumlah..musim raya kat KL ni sebulan..Makanya, cuti hujung minggu pun ada mcm2 kejer..
Mak saya pula ambil tempahan roti jala... Every weekend jer org tempah roti jalan dari 500-1ooo lebih kena buat,..makanya, saya kena bantu emak...

Roti jala kami ni lain dari yang lain. Saya dah tengok org lain punya... tak cantik.. dia mcm tak halus jalanya...Macam kami punya, org dah kenal dah.. sbb jalanya cukup halus dan sedap di makan.. kami juga tidak menggunakan pewarna tp digantikan dengan sedikit serbuk kunyit... itu lagi baik dari pewrna...

Sesiapa nak tempah roti jala, nasi dagang, nasi kerabu, lompat tikam dan mknan kelantan yg lain..boleh jer... air tangan mak saya cukup sedap...nyummy..nyummy...

~peace.... roti jalaku dah sampai NILAI... jauh org tu dtg ambil sbb kami tiada penghantaran..~

Monday, 5 September 2011

~ Dah MaSuK KerJa SeMuLa~

Setelah seminggu bercuti sempena menyambut Aidilfitri, hari ini Selasa, 6 September 2011 dah mula bekerja semula... Rasa semangat lain macam ni..., Kepala rasa dah serabut ni..adoi macamana erk???
Apa2 pun, kejer perlu diteruskan...Pelaksaanaan kena buat...Peribadi pun kena buat jg...adoi..fening2....

Kisah raya kalian mcmaner erk? Saya raya tahun ni dari raya pertama hingga raya ke tiga ok... Bila masuk  raya ke empat dan malam tu nak bertolak balik ke KL, perutku buat hal... Aku merasakan angin dalam perut, makanya aku berusaha untuk mengeluarkan segala angin dalam badan.... Sebab aku memag selalu mengalami masalah ni jika raya...kalau aku tidak buat persediaan awal, aku akan masuk hospital seperti tahun2 sebelum ni.. Makanya, aku telah minta sepupu2ku urutkan badan dan bila angin keluar lega...dan paling lega apabila aku dapat memuntahkan segala isi perut yg ada...sehingga lembik ler aku dibuatnya.... Tapi at least aku tak masuk hospital cukuplah....

Yang kisH Sadisnya, bila nak balik KL, keretaku mati di tengah jln...huhuhu....on tow ler nmpknya kat kuala lipis...abis rm800...last2 ku tahu gear box rosak...aduh...beribu pulak...pening2...huhuhu

~Peace...dugaan raya...alhamdulillah~

Sunday, 4 September 2011

~..SaLam aidilFiTri....~

Hari ni sudah 7 hari kita menyambut hari raya di bulan syawal...
Dan hari ni jugalah baru saya berkesempatan untuk mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA 
kepada semua saudara-mara, sahabat handai, kawan2 serta semua yg mengenali diri iini...
Ku susun 10 jari memohon maaf sekiranya ada yg terasa hati, terguris rasa, terkasar bahasa dan sebagainya...
Raya tahun ini merupakan tahun terakhir untuk saya beraya sebagai org bujang..Insyaallah....
Mudah-mudahan Ramadhan dan syawal tahun depan lebih bermakna buat saya...

~peace...Salam AidilFitri dan Maaf Zahir Batin...~

Wednesday, 17 August 2011

HarI nI SudAh 17 rAmAdHaN bERsAmaAn hArI NUzUL aL-qUrAN

Hari ni 17 Ogos 2011 bersamaan 17 Ramadhan 1432H.. Ada yang cuti menyambutnya antaranya Selangor..yang lain xberapa tahu..tp KL xcuti sbb saya kena bekerja seperti biasa. Wahai kawan-kawan semua kita perlu juga amik tahu kenapa kita cuti pada hari ni (bagi yang cuti) juga pd yg tak cuti pun, kena ambil tahu. hari ni dikira hari sebagai nuzul al-quran kenapa? barulah hidup kita ni bermakna sebab mengetahui semua perkara yang berlaku di dunia ni tidak kira ia berlaku dah beribu2 tahun atau sekarang atau pada masa akan datang. Jika kita mengetahuinya, pasti kita akan rasa lebih bersyukur. Syukur perlu ada dalam diri setiap manusia ni...itu sangat penting..kalau kita tak bersyukur, kita boleh dikira sebagai kufur nikmat tu.. na'auzubillah.... Minta dijauhkan semua tu wahai kawan2...

Dulu saya ada lah belajar bahasa yang paling susah di dunia ni iaitu Bahasa Arab. jadinya maksud nuzul tau lah. Dalam Bahasa Arab, Nuzul bermaksud turun dari atas ke bawah. jadi senangnya Nuzul Al-QUran bermaksud penurunan Al-Quran. Ayat pertama yang turun ialah surah Al-Alaq dimana ia disampai oleh Malaikat Jibrail kepada nabi muhammad s.a.w pada hari keputeraan baginda yg ke 41 pada malam Jumaat ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira' pada tanggal 6 Ogos 610 M.

Peristiwa ini dimana turunnya ayat al-Quran secara berperingkat-peringkat sehingga menjadi satu kitab. Al-quran merupakan mukjizat Nabi yang terbesar. kenapa al-Quran tidak diturunkan sekali gus, kenapa mesti berperingkat-peringkat? hal ini kerana, pada zaman itu, manusia belum dapat menerima Islam sepenuhnya lg..maka Allah turunkan sedikit demi sedikit supya manusia dapat menerimanya serta ia diturunkan berdasarkan peristiwa yang berlaku ketika itu. Al-quran tersembunyi makna yang terbesar kepada umat Islam. ia telah diturunkan selama 23tahun sehingga lengkap Islam tersebut yang disampaikan.

jadi Sebagai umat Islam, kita perlu menghayati makna al-Quran kerana dalamnya terkandung pelbagai zat yang apabila diamalkan akan menjadi pedoman dalam hidup kita. Insyaallah, jika kita ikut al-Quran, nescaya hidup kita pasti selamat...ameen...

~peace....di bulan ramadhan banyak pahala jika baca al-Quran...~