Hari ini seperti biasa aku membantu orang kampung membersihkan kebun-kebun mereka. Hari ini aku sempat membersihkan dua kebun jadi dapatlah juga dalam RM25. Cukuplah. Aku bersyukur dengan rezeki yang diberikan oleh Ilahi. Sekurang-kurangnya, tika musim sekolah ini, aku masih mampu memberikan adik-adikku makan walaupun dalam keadaan yang sederhana. Aku pulang setelah aku selesai membersihkan kebun-kebun yang diamanahkan.
Ketika aku hendak melangkah masuk ke dalam rumah, adik bongsuku yang berusia 3 tahun datang memelukku.
"Along, ala sulat tuk along", ujar Syarif Arsyad dengan pelat. Penat aku nak memikirkan kata-katanya.
Angah menghulurkan kepadaku sesuatu. "Along, surat".
"Daripada siapa?"
"Entahlah. Tetapi kat luar tu ada cop Pejabat Pelajaran.
Aku membuka perlahan-lahan sampul surat tersebut. Aku mengeluarkan isinya...
Aku sudah membacanya dan aku memberikan surat tersebut kepada angah.
'Along dapat tawaran sekolah berasrama penuh? Bagus along. Sekurang-kurangnya surat ini bakal mengubah nasib keluarga kita,' kata angah.
'Angah, jika along pergi sekolah ni, siapa nak jaga adik2 ni? mereka memerlukan along tau.' Aku membantah.
'Along, tawaran ni datang sekali sahaja dalam hidup kita. Along rebutlah peluang ni. Lagipun dalam surat ni dinyatakan bahawa along akan diberikan biasiswa. Jadi pembelajaran along pasti tidak akan terganggu kerana wang. Angah rasa, baik along terima tawaran ni'.
'Tapi bagaimana dengan angah dan adik-adik? Bagaimana kalian mahu meneruskan hidup ini? Siapa yang nak menyara kalian kalau bukan along? Along sekarang dah jadi ketua keluarga. Along bertanggungjawab dengan adik-adik along serta kebajikan kalian', jawabku tegas.
'Angah tahu, tapi angahkan ada. Angah akan behenti sekolah dan angah akan cari kerja untuk menampung perbelanjaan rumah ini. Angahkan pandai masak, mengemas. Mungkin angah boleh kerja di restoran nanti. Sementara tu, adik-adik angah boleh tinggalkan di rumah Mak Usu. Mak usu mesti tidak keberatan untuk membantu kita,' usul angah tentang rancangannya.
'Angah, berapa sangatlah yang angah akan dapat nanti? cukup ke untuk makan hari-hari, adik-adik sekolah lagi?' tanyaku was-was.
'Kalau along keberatan, apa kata kita terima sahaja tawaran Maklong. Kan dia boleh jaga kita. Dia kaya. Dia yang pelawa kita tinggal di sana'.
'Nanti along fikirkan. Mungkin along boleh jumpa tok penghulu bertanyakan hal ini'.
'Baiklah along. Semua keputusan di tangan along. Angah hanya bagi pendapat sahaja. Angah sediakan makanan dululah. Boleh kita makan malam sebelum maghrib menjelang'.
'Yalah. P sediakan makanan along pun dah lapar ni. Penat. Selepas ni, nak mandi dan kita boleh solat berjemaah nanti.ok'
'Ya'. Angah menuju ke dapur dan menyediakan makan malam.
Kami adik beradik makan ala kadar apa yang dimasak oleh angah. Walaupun angah baru berusia 10 tahun, tapi masakannya sama dengan masakan ibu. Dia rajin membantu ibu tika ibu sibuk di dapur. Kami makan dan kemudian berjemaah bersama-sama.
Selepas solat isya', aku mengajak adik-adikku berkumpul bersama.
'Ada apa, along? Alang nampak along risau sahaja?'
'Along saja ajak berkumpul. Along nak bagitahu, yang along dapat tawaran bersekolah di sekolah asrama penuh. Tapi along tak tahu nak pergi atau tak. Along bimbangkan adik-adik along sendirian di rumah. Nanti along nangis duk jauh-jauh dari kamu semua. Kita dah lah tak ada mak dan ayah. Pastu adik-adik pula jauh dari mata along, mesti along sedih nanti. Along tak nak apa-apa perkara buruk yang berlaku pada adik-adik along. Along sayang kalian', kataku sambil mengesat airmata. Aku tidak dapat menahan sedih dihati.
'Along, along jangan cakap begitu. Kami pun sedih', kata angah sambil peluk adik-adik. Kami menangis dalam peluk semua adik-adikku.
Masa berlalu dengan cepat. Tinggal seminggu sahaja cuti sekolah yang ada. Aku dan angah masih buntu mencari jalan. 'Along, jom kita jumpa tok penghulu, mungkin dia ada cara untuk menyelesaikan masalah kita ni', ajak angah.
'Angah, along kalau ikutkan tidak mahu menyusahkan sesiapa. Tapi ini juga masa depan kita. Bila along berjaya dalam pelajaran, dapat pekerjaan yang baik, along boleh jaga adik-adik along. Mesti kita seronok hidup bersama'.
'Betul tu along. Along sahaja harapan kami sekarang'.
'Tak mengapalah angah, sekejap lagi along sendiri akan pergi jumpa tok penghulu. Harap-harapnya tok dapat membantu kita, adik-beradik.'
'Betul tu along'.
'Assalamualaikum..assalamualaikum..'
'Waalaikumusalam...oh kamu along. Masuklah. Tok baru siap solat Zohor. Meh masuk dulu,' pelawa isteri tok penghulu. Kami panggil Mak Milah. Mak Milah baik dan lemah lembut orangnya. Aku naik ke dalam rumah mereka. Aku duduk di atas lantai. Aku tak biasa duduk di atas kerusi orang-orang kaya.
'Eh, along. Kenapa kamu duduk atas lantai? Mari duduk atas kerusi ni', pelawa tok penghulu yang baru keluar dari biliknya.
Aku tersipu-sipu lalu duduk atas kerusi.
'Ada apa along? Boleh tok bantu kamu?'
Mak Milah membawa air dan meletakkannya di hadapan aku. Dia menuangkan air untuk kami dan duduk di sebelah suaminya.
'Jemput minum', pelawanya.
'Terima kasih'.
'Tok, along datang ada hajat. Ni ada surat untuk tok baca', aku menghulurkan surat tawaran kepada tok penghulu.
Tok membacanya.
'Tahniah. Kamu memang layak untuk mendapatkannya. Nanti tok dan Mak Milah akan hantar kamu ke asrama. Kami suka dengar berita ini'. Mak Milah terangguk-angguk dan tersenyum mesra.
'Tapi tok, along tak tahu sama ada mahu pergi atau tak ke sekolah tersebut', ujarku takut-takut.
'Kenapa? Inilah satu-satunya masa depan kamu. Kamu akan membantu adik-adik kamu nanti, along', Mak Milah berkata.
'Along tahu Mak Milah, tapi siapa yanga akan menyara persekolahan adik-adik saya dan siapa yang akan memberi mereka sesuap nasi andai along tiada nanti?', tanyaku.
'Beginilah along. Kamu dah fikir keputusan yang Maklong kamu cadangkan hari tu? Kalau kamu setuju, kamu tinggalkan sahaja, adik-adik kamu di rumah Maklong kamu. Dia kaya, mesti dia boleh menjaga adik-adik kamu dengan baik', ujar tok ketua.
'Tak menyusahkan Maklong ke nanti? Anak-anaknya pun ada tiga orang dah. Nanti campur adik-adik saya, apa pula kata Paklong? Bagaimana pula reaksi sepupu-sepupu saya nanti?', tanyaku was-was.
'Itu kamu jangan khuatir. Tok akan pastikan adik-adik kamu selamat. Nanti tok akan sentiasa melawat adik-adik kamu di sana nanti. Boleh?'
' Kalau begitulah jaminan tok, saya setuju agar adik-adik saya diletakkan dibawah jagaan Maklong saya', ujarku lemah. Berat sungguh keputusan ini, tetapi demi kebaikan semua pihak, aku terpaksa akur. Aku berjanji suatu hari nanti, aku akan menjaga sendiri adik-adikku setelah ku berjaya menjadi seorang doktor. Mudah-mudahan, Allah memakbulkan doaku.
No comments:
Post a Comment