Airmataku menitis apabila ku menyalami adik-adikku. Aku kesat dengan hujung lengan bajuku. Aku sebak akan meninggalkan mereka dengan maklongku. Lagipun inilah kali pertama, aku akan berpisah dengan adik-adikku setelah ibubapaku meninggalkan kami buat selama-lamanya. Inilah pengorbananku agar kami semua dapat tinggal bersama-sama kami suatu hari nanti.
"Along, sampai asrama nanti jangan lupa tulis surat untuk kami ya. Kami nak tahu bagaimana keadaaan along di asrama nanti", pinta angah.
"Insyaallah. Tiap-tiap minggu along akan menulis surat untuk kalian. Tunggu berita dari along ya"ujarku sambil memeluk adik bongsuku.
"Along, mari. Kita sudah lewat. Nanti lambat pula sampai di Kuala Lumpur nanti", ajak Mak Milah dalam kehibaan. Dia juga sedih mengenangkan anak-anak yatim tersebut. Hatinya cukup tersentuh dengan drama pagi ini.
"Baiklah, Mak Milah". Aku memeluk adik-adikku buat kali terakhir.
"Jaga diri baik-baik. Kalau ada berita apa-apa, bagitahu along setelah along tuliskan alamat along nanti ya angah".
"Baiklah along".
Aku bersalam dengan maklong, mak ngah dan mak usu. Mereka menasihatkan agar aku belajar rajin-rajin dan sentiasa menjaga diri. Tentang adik-adik, mereka ingatkan agar jangan terlalu risau.
Aku melangkah meninggalkan adik-adikku. Aku masuk ke dalam kereta Tok Penghulu. Kereta mula bergerak perlahan-lahan. Aku melambai-lambai dan aku melihat semua adikku menangis kesedihan. Aku tidak dapat menahan airmata. Aku menangis sepuas-puasnya. Barulah hatiku lega.
'Adik-adik, along janji along akan menjaga kalian suatu hari nanti. Along pergi hanya untuk seketika. Izinkanku melangkah pergi adik-adikku.Bila cuti along akan kembali menjenyah kalian', bisikku dalam hati.
Sepanjang perjalanan ke Kuala Lumpur, aku hanya menikmati pemandangan yang saujana mata memandang. Aku suka melihat hijaunya pemandangan ciptaan Ilahi. Aku sedikit teruja apabila kenderaan sudah sampai ke sekolah tersebut. Tertera SEKOLAH MENENGAH SULTANAH SALAHUDDIN. Aku melihat banyak kereta besar-besar di perkarangan asrama. Aku mula berasa sedikit gentar. Aku hanya anak orang kampung tetapi apabila tengok kereta-kereta mewah begini aku jadi gerun.
"tok, sekolah ni, sekolah anak-anak orang kaya ker? Takut along tengok kereta ibubapa mereka. Semuanya besar-besar", ujarku melahirkan rasa gelisahku.
"Along jangan risau. Di sekolah begini, semua golongan ada. Asalkan mereka pandai mesti dapat masuk sekolah elit begini. Along beruntung antara pelajar yang terpilih masuk ke sekolah ini".
"Betul tu along. Jadi, along rebut peluang yang ada ya. Mak Milah doakan along berjaya mencapai cita-cita along untuk menjadi seorang doktor".
"Terima kasih tok, Mak Milah".
"Dah mari kita daftar dulu dan lihat dorm along ya", ajak tok ketua.
Mujurlah tok penghulu dan Mak Milah baik hati menghantarku. Kalau tidak, asptiku berasa sedih. Aku mengambil barang-barangku yang separuhnya dibawa oleh tok penghulu. Aku membawa dokumen-dokumenku ke tempat pendaftaran. Setelah guru Aishah melihat segala dokumenku, aku perlu mengambil gambar dan akan ke kaunter asrama pula. Aku tahu nama cikgu Aishah seperti yang tertera pada tag namanya. Aku ditempatkan di kelas 1 Amanah. Aku gelak dalam hati. Harap-harapnya budak dalam kelas ni semuanya amanahlah.
Setelah selesai semuanya, aku mengambil kunci dormku. Aku diletakkan di tingkat 3 bilik kedua yang diberi nama Bilik Abu Bakar. Aku, tok ketua dan Mak Milah bergerak mencari bilik tersebut.
"Adoi along. Penatnya Mak Milah. Tinggi bebenorlah bilik kamu ni. Makin kuruslah kamu selepas ni. Pas makan di bawah, naik ke bilik kamu, segala makanan yang baru makan dah lawas", kata Mak Milah dengan mengah. Aku tergelak dengan kata-katanya.
"Apa salahnya Mak Milah, baru keluar peluh.hehehehee...."
Tok hanya tersenyum. Kami sampai dibillikku. Aku mengetuk pintu dan memberi salam. Aku menjengukkan kepala. Aku melihat beberapa orang dalam bilik tersebut memandangku dengan pelik. Aku hanya melangkah dan bersalam dengan rakan bilikku yang lain. Aku memperkenalkan diri. mereka hanya mengangguk tanpa senyum padaku. Aku mula berasa takut. Aku mencari katil dan almari kosong. Aku duduk di bahagian belakang kerana di situ sahaja yang ada tempat untukku. Aku hanya berharap tiada apa yang berlaku.
"Tok dan Mak Milah, cukuplah sampai sini sahaja hantar along. Nanti hari semakin malam susah pulak tok hendak membawa kereta".
"Yalah along. Along jaga diri baik-baik ya. Kalau ada apa-apa, along bagitahu tok ya. Kat sini, along jangan lupa solat, dan belajar rajin-rajin. Along kena banyak bersabar dalam menempuh hidup ni ya", ujar tok. Aku tahu dia juga runsing memikirkan rakan sebilikku yang kurang mesra. Aku bersalaman dengan tok dan dia menghulurkan RM100 kepadaku. Mak Milah hanya mengangguk supaya mengambil duit tersebut. Aku menitis airmata kerana ada lagi hati manusia yang mulia dimuka bumi ini. Aku memeluk tok ketua seolah-olah aku memeluk abahku. Tok mengerti perasaanku dan dia meinta ku bersabar.
"Kami balik dulu ya along",Kata Mak Milah. Aku hanya mengangguk dan menghantar mereka ke kereta.
Sebak aku apabila berpisah dengan mereka. Aku mula teringat akan adik-adikku, apalah yang mereka tengah lakukan sekarang. Kami telah berpindah seminggu ke rumah Maklong dan sepanjang kami berada di rumahnya, maklong melayan kami dengan baik. Sepupu-sepupuku juga baik dengan kami. Aku berharap maklong akan menjaga adik-adikku dengan baik. Rumah pusaka kami, kata maklong mahu disewakan kepada orang agar duit sewanya nanti boleh buat belanja adik-adikku. Aku tidak kisah tentang hal tersebut asalkan ada orang menjaga rumah tersebut daripada menjadi usang.Aku melangkah ke dalam bilikku dengan longlai.
Sesampai dibilik, aku melihat beg-beg pakaianku diselongkar. Aku bertanya dengan rakan sebelah katilku, namanya Imran, siapa yang selongkar begku. Dia hanya menggelengkan kepala tanda tidak tahu. Aku biarkan sahaja. Aku mula mengemas pakaianku dan kemudian terdengar ada orang ketawa. Aku melihat Zakaria, Salleh dan Zukifli sedang ketawa. Yang lain hanya mendiamkan diri. Ada 10 orang dalam satu bilik. Yang buat tidak peduli ialah Fahmi, Johar, Rasyid, Razali dan Razak. Mereka seolah-olah takut dengan tiga sekawan tersebut.
"Ada orang tu bawa kain pelekat ayah dia dan kain pelikat mak. Mesti anak manja tak boleh berpisah dengan mak ayah", ujar Zakaria. Orangnya berbadan besar seperti budak tingkatan 5. Dia menayang-nayangkan kain-kain ibubapaku.
"Bagi balik kain tu. Kenapa kamu buka beg orang tanpa kebenaran? berdosa tau", tanyaku geram. Aku cuba mengambilnya dan mereka membawa lari. Aku mengejar sambil terjerit.jerit. Aku hampir menangis kerana mereka mempermainkanku.
"Bagi balik. nanti saya report cikgu".
"Alahai, sikit-sikit nak report cikgu, sikit-sikit nak report. Manjalah kau ni", kata Salleh.
Aku behenti mengejar mereka dan airmataku mula menitis.
"tengok tu, dah nangis dah budak lembik ni kawan-kawan", ujar Zulkifli. Kawan-kawan bilikku semua gelak terbahak-bahak kerana suka mempermainkanku.
"Kenapa bising ni? Apa yang kamu ketawa?", tiba-tiba terdengar suara menjerit. Aku menoleh. Aku melihat cikgu Siddiq telah mengambil kain-kain tersebut dan berjalan ke arahku. Yang lain hanya terdiam membisu.
"Ini kain kamu ke Syamil?' soal guru tersebut.
"Ya cikgu. Ini saya punya. Mereka mengambil kain-kain ini setelah selongkar beg pakaian saya", jawabku jujur.
"Nah, ambil balik dan simpan bebaik." Cikgu Siddiq berkata dengan lembut kepadaku.
Lalu dia terus memberi arahan. " Yang lain, beratur dalam satu baris menghadap saya". Mereka bergerak dengan pantas.
"Saya tak mahu perkara begini berulang lagi sekali. Seandainya saya dapat laporan, saya tidak teragak-agak untuk menggantung kamu dari asrama. Saya merupakan warden asrama merangkap guru disiplin. Orang memanggil saya Cikgu misai kerana saya garang apabila misai ini bergerak-gerak. Kamu baru masuk tingkatan satu sudah ada hati nak membuli. Kamu ingat datang sekolah ini kamu bleh buat sesuka hati? Dengar baik-baik, sekolah ini ada peraturan dan setiap pelajar mesti mengikut peraturan tersebut. Faham?", jerit cikgu Siddiq. "Faham cikgu", mereka menjawab serentak.
"Baiklah, pergi bersiap untuk orientasi sekejap lagi. Berkumpul di dewan makan tepat pukul 6 petang. Faham?"
"Faham cikgu".
"Bagus", cikgu tersebut beredar meninggalkan bilik Abu Bakar. Namun, Zulkifli, ZAkaria dan Salleh tidak berpuas hati. mereka telah memegang rambutku dengan kuat dan menarik rambutku. AKu hanya menahan sakit kerana takut dengan mereka.
"Kalau kau buat hal dan berani report pada cikgu, aku akan buat lagi teruk lagi pada kau. Hari ni kau terlepas, esok lusa kau belum tahu lagi nasib kau", ugut mereka. Mereka berlalu meninggalkanku. Aku mengesat airmataku. Sedih diperlakukan begitu.
Fahmi datang kepadaku dan dia berkata," Awak jangan cari pasal dengan mereka ya. Mereka memang gangster sejak sekolah lagi sebab saya satu sekolah dengan mereka. Saya tahu perangai mereka. Mereka anak-anak orang kaya, suka membuli orang lain. Mereka tak pandai tapi disebabkan pengaruh bapa mereka orang kenamaan, mereka dapat masuk ke sekolah ini. Jadi saya harap awak jangan cari masalah dengan mereka ya?"
Aku hanya mengangguk lemah. Aku tak mampu berfikir lagi tentang masalah tersebut. Banyak benda yang aku fikirkan. Namun aku cukup geram kerana mereka membuli orang yang lemah dan miskin sepertiku. Aku berlalu untuk bersiap seperti perintah guru tadi. Pelbagai persoalan yang bermain difikiranku. Tetiba kumendengar siren pengumuman meminta semua pelajar turun ke dewan makan. Kami bergegas turun ke bawah.
No comments:
Post a Comment