Setiap pagi, rutinku membaca paper... pelbagai berita yang menarik minatku....antara yang menarik adalah kisah rumahtangga... Berita pertama isteri dipukul selama hampir sejam kerana masakan isteri tersebut tidak sedap..Disepak, diterajang, dipijak kepalanya...kesian si isteri yang berusia 40-an ni...
Yang kedua, beritanya tentang si isteri tidak meneman sang suami makan sekali..Yang ni pasangan muda, si isteri berusia 25 tahun dan si suami berusia 28tahun. Disebabkan si isteri tidak mahu menemani si suami makan, si isteri kena pukul seumpamanya...
Ya Allah, apa nak jadi dunia hari ini...Di manalah kesabaran dan sikap bertolak ansur dalam rumahtangga...Rasa gerun pula nak kawin. Tetapi, aku harap, bakal suamiku boleh sabar dengan kerenahku....(";)
Berita yang menarik lagi sejak dua menjak ni, kisah tentang pembatalan perkhawinan sesuka hati oleh pasangan pengantin. Semalam ada berita begini dan hari ni juga ada berita begini... Semalam, kisahnya abang tidak mahu jadi wali, hari ni tak tahu pula kenapa bakal pengantin perempuan membatalkan perkhawinan mereka di saat-saat akhir. Memang sekali baca macam kesian dengan famili lelaki tetapi dah takdir mereka begitu. Yang perempuan pula, jika betul tidak mahu hidup dengan pasangan mereka, putuskan pertunangan tersebut secara baik sebelum kad diedarkan. Bila dah edar, kan dah memalukan semua pihak... Harap-harap jadi pedoman untuk semua...
~peace..doakan majlis perkhawinanku berjalan lancar...AMIN..~
No comments:
Post a Comment