Tuesday, 21 June 2011

~ Sekadar Berkongsi Pengalaman..~

Ayah aku sering mengubati orang yang sakit terkena sebarang gangguan...Kami adik-beradik sekadar melihat dari jauh. Ada pelbagai ragam mereka. Antara kisahnya:
Dari luar rumah pun dah terjerit2 marah kerana bawa ke rumahku berubat. Bila dia masuk dalam rumah dia tanyalah, naper bubuh ayah kursi n mcm2 ayat ni? Pastu, dia siap ajak kawan2nya (jin2) masuk ke dalam rumah,. Ayahku bertanya, ajak siapa, katanya tu ramai kawan2nya di luar. Ayah aku cakap tak boleh masuk sbb rumah ni sudah di pagar. Dia pun marah.. Dia cakap. syaitan ler ko ni.. Pastu ayah aku pun start mengubat.. Yang ni ganas sikit.

Kisah2 yg lain biasa2 jer.. kadang2 tu, jin tu tahu keadaan kita. Contohnya ada sorang yang diubat.. dia cakap.. 
"Aku tak takut ustaz. Ustaz baru lepas sakit sebulan. Dia masuk Hospital". Tekaannya betul tapi ayah aku mestilah nafikan..Mana boleh kalah dengan jin..hehehe..

Banyak lagi sejak ayah aku belajar berubat di Darul Syifa' dengan Dato'Harun Din ni... 
Tapi bukan kisah ini yang nak cakap, tapi pengalaman aku sendri yang sakit terkena buatan orang (mungkin)..
Sampai satu tahap aku terlampau membenci tunangku sendri, aku marah2 dia, msj pun tak nak, col malas angkat.. Aku ingat perubahan aku nak period, tapi tidak. Aku mengalaminya dalam masa seminggu jugalah. Kemudian, Jumaat lepas adik lelakiku tegur, kenapa muka aku lebam? kena tampar dengan siapa? Aku terkejut dengan soalan dia. Aku tengok cermin tapi tak ada pun. Petang tu, aku minta ayah ubatkan aku.. Apa terjadi? Aku panas sebelak kiri sahja.. Pelik.. Tu tanda ada benda ni.

 Kemudian, ada satu hari selepas kami makan malam kami berkumpul di ruang tamu sambil tv terbuka. Tetiba keluar azan. Aku dengar sahaja lama2 telinga sebelah kananku terasa panas. Aku pun cakap, naper telinga panas ni. Adik aku pun tengok, weh, naper telingamu merah sangat ni? Ayah aku pun  cepat2 baca ayat dan adik aku pun azan di telingaku. Keesokkannya, hampir waktu maghrib pula, lutut kananku sakit tak boleh gerak. Sakit sangat tapi aku masih bersabar n kemudian boleh bergerak. Tapi malamnya masih terasa sakit, so, aku minta ayah ubatkan. ALhamdulillah, kurang sedikit. So keesokannya, aku mandi sebelum maghrib untuk tidak mahu sebarang gangguan. Alhamdulillah, tiada gangguan. Tetapi sekarang, gangguan tu kadang-kadang rasa waktu kerja iaitu dalam 12 tengahari. Aku harap, benda ni dapat dijauhkan dari aku...

~peace...doakanku sihat segera..~


No comments:

Post a Comment