Tuesday, 31 May 2011

~Jari Jemariku...~

Sempena setahun bertunang, aku pakai kembali inai di jari..
supaya aku ingat siapa diriku...
Aku bukan aper..kadang2 terlupa yang aku ni tunang orang..hehhee
sory ler cik abgku syg yer..terlupa lah...xleh wat apa2...hehehe
Tapi inai ni pun ada kisah aku and the geng di kolej dl2...
geng kamcing aku...
kira zaman remaja dulu2 ler
Alkisahnya begini...
mcm biasa apabila ari sabtu dan ahad,
aku and the geng iaitu tiney, yatie, ika dan zura
telah menyewa sebuah kereta utk ke alor setar
kami parking kat masjid kat bandar tu
waktu balik tu...si tiney (pemandu) xtau nak keluarkan kereta...terkial2...
pastu pakcik tu tolong lah kuarkan
jadi wktu nak balik tu...kami berlima melambai tangan ke pakcik
tapi pakcik tu cakap gini
amboi....semua berinai..
kami pun tergelak....hahahaha....
luculah pakcik ni...boleh perasan pulak...hahahahaha...kami gelak ler...

Kisahnya, malam tu aku pakaikan depa inai...
aku bawa dari rumah
sebab ayah dan emakku baru balik dari Mekah
depa bawa balik sbb anak dia yg comel ni mintak...hehehehe
so pas berinani mlm tu..kami merayau ke alor star...kenanganku...

~peace...kenangan terindah dengan kengkawanku....i miss u all....~

Monday, 30 May 2011

Selamat Hari Lahir Laili

31 Mei setiap tahun adalah hari tua untuk lali...
Aku ucapkan selamat hari lahir yg ke 2x.....
Semoga mu panjang umor, murah rezeki n berbahagia selalu dengan si dia....(tahu ko mak gak, suh nikoh lalu)...
hahaha
Apa2 pun bila umor dah meningkat tuo ni, arap2nya makin matang r...
Weh, bila nk diet??? Kata majlis aku nanti mu nak jd comel lote...
Cepat...amalkan pemakanan diet yang seimbang...
hehehehe...
Hapy besday deh..Hadiah xda r...ahaks

~peace....bila tibanya hari lahir kita, sesungguhnya ia adalah hampirnya hari kematian kita...~

Sunday, 29 May 2011

~...GeNaP SetaHUn.....~

Pukul 3.45 petang, pada 30 Mei 2010 tahun lalu....
Sah lah aku menjadi tunangan orang 
...
Yang mana
jari manisku telah disarungkan cincin oleh bakal mak mertuaku
Dan
Hari ini
Genaplah setahun aku bergelar tunangannya
Semoga pertunangan ini membawa kepada hari bahagia yang tinggal 5 bulan sahaja lagi...
Amin
Doakan kebahagiaanku ya semua kawan-kawan...
Semoga aku terus tabah mengharungi dugaan bertunang ni dengan jayanya...

Pakcik Aziz yang mewakili pihak pengantin perempuan tengah bagi syarat2 tu...
Antara syarat berat adalah kitaorang tak boleh jumpa waktu dalam tempoh bertunang berdua...Mesti dengan famili..huhuhu..
Disebut juga tarikh nikah jer...yang lain bincang kemudian..

Antara wang hantaranku... Adat Johor ni

Ni lah aku...Senyum melebar erk..

Sebelum di sarungkan cincin... Berdebor ni... Sebelah tu, emakku...

Cincin yang berbentuk love telah disarungkan ke jari manisku oleh bakal emak mertuaku...
Terima kasih ibu kerana sudi menerimaku sebagai bakal menantumu...hehehehe

Salam hormat..hehehe...Tak tahan ni...lama sangat orang suruh salam..nak amik gambar katanya...huhuhu

Hehehee...waliku...

Sesi bergambar

Ni lah cincin tunangku.. Dulu muat...sekarang longgar...Aku tak pakai dah..huhuhu
Aku suka...(";)

Aku ler ni...ehem..ehem...Bergambar seorang jer...ayah tak bagi bergambar dengan en.tunang

Aku dan bakal anak sedaraku..Haqim...Comey dia... (cucu sulung dalam famili tunangku)

Ni lah bakal mak mertuaku dengan cucunya, Haqim... 

Inilah rombongan pihak lelaki... Ramai datang...Lebih dari 50 orang... Terkezut aku..
Kereta berderet..Lebih dari 10 buah kereta...
Nasib baik mak aku masak banyak...Mak aku jamu mereka dengan nasi dagang...

Antara barang hantaran pihak lelaki untuk aku...
Sirih junjung, bunga rampai, sejadah, telekung, kain baju, kek, coklat, tuala dan  cincin beserta wang sebanyak RM 133.33 (adat orang Johor bagi duit kira booking).. dan lagi satu adalah hadiah hari lahirku pada 10jun iaitu barangan makeup jenama MAC...

Antara barang-barang hantaranku untuk pihak lelaki yang telah disiapkan oleh kawanku, Azmaniza..Terima kasih Azma..Cantik sungguh hasil tanganmu..
Barang-barangnya seperti sirih junjung, beg dompet & tali pinggang, tuala, kain pelekat, kek, buah-buahan, sejadah, coklat, baju kemeja dan tie, kain baju melayu, dan puding.

Aku bersama kawan baikku sejak kecil lagi, Cik Nor Haslina Ilias. Ibu kami mengandungkan kami dalam 1 buah rumah di Pantai Dalam pada tahun 1984. Dilahirkan Selang sebulan lebih... Kami sebaya.. Aku panggilnya 'kaklong'... dan kami akan bernikah dalam bulan yang sama pada tahun yang sama. Bezanya, aku awal seminggu...
Antara sahabat-sahabatku yang hadir ketika masjlis pertunanganku...
Izatul Najiha, aku, Shazilah dan Azmaniza...
 ~peace...inilah kenangan aku setahun yang  lalu...Semoga bahagia selamanya...Amin..~


~...untukmu Ayah...~

Hari Jumaat lalu 27Mei2011, aku telah singgah di The Store Sg.Buloh selepas mengambil adikku Faiz..
Faiz duk belajar kat Sabak Bernam...jadi orang Jawa...hehehe
Aku, laili dan Faiz ler p sana...
Tujuan asalnya nak beli HP Laili...
Jalan..jalan..jalan...aku teringat nak belikan ayah HP...
Sebabnya, dia dah lama nak beli HP baru,,..tapi sebab anak2 yg duk belajar, jadi xlepas nak beli hp..
Duit dalam dompetku xbanyak...jadi aku beli yang biasa sahaja...
Walaupun murah, aku puas dapat belikan ayahku HP...
Tapi nampaknya bulan depan kena beli tuk emak pula...baru adil...hehehe
Last2 tuan yang nak li hp x beli...So, dia pakai yang ayah punya...

Hpnya camni jer...
Jeng...jeng...jeng....

Ok x? ... Ker korang rasa patut beli yang lebih lagi???
Aku bukan apa, kalau beli yang canggih sangat, bukannya reti pakai...(padahal xcukup bajet..hehehe)


~peace...puas tengok ayahku happy...~

Thursday, 26 May 2011

~..TaHniAH..~

Sekalung tahniah kuhadiahkan kepada bakal adik iparku, angah dan suaminya kerana telah selamat melahirkan seorang lagi puteri comel di hospital Kota Tinggi pada Selasa yang lalu. Seronoklah Haqim dapat adik perempuan...(;")
Tahniah juga diucapkan buat bakal mertuaku kerana mendapat seorang lagi cucu...
Tahniah
Tahniah untuk tunangku sendiri kerana mendapat anak saudara lagi... Anak sendiri tunggu dulu erk..hehehe (gatai..)
Bahagia melihat orang gembira... 
Bulan 5 ni banyak tarikh yang telah berlaku antaranya, Hari Lahir Laili, Akmal (Adik2 ku), tarikhku dirisik dan tarikh aku ditunangkan... 

Tahniah untuk semua..................

~peace... suka sangat dgn baby.... comel~

Wednesday, 25 May 2011

~....AdaB..~

Setiap orang mempunyai perangai yang berbeza-beza waima adik-beradik sendiri walaupun ibu dan ayah sama.
Kadang-kadang sedih juga...
Dalam hidup ni sepatutnya, yang tua hormatkan yang muda barulah yang tua akan turut hormat yang muda. 
Namun, dunia hari ini dah terbalik.
Si tua kena dengar si muda... Egois...
Sedih dengan keadaan situasi begini...Sepatutnya, yang muda perlu hormatkan ibu, ayah, kakak2..tapi tak pernah mahu fikirkan perasaan orang lain...Cakap sesuka hati sahaja...

Ingatlah, walau siapa pun kita, jangan sekali-kali melanggar adab. Adab percakapan dan perbuatan dengan orang yang lebih tua sepatutnya lebih sopan dan hormat. Baru orang akan respect kamu. 

Di doakan agar si muda berubah dan lebih bersabar.

~peace..tak suka....menitis airmata apabila ada yang muda menenking orang yang lebih tua darinya.....~

Tuesday, 24 May 2011

~...EmAs MaSa KiNi..~

Malam tadi berpeluang membeli gold bar untuk pelaburan akan datang. Maklumlah dah jadi agent emas ni mudah sikit... emas ni naik setiap hari, kalau jatuh sedikit jer.. 
Ada banyak ilmu yang dapat bila pi dengar tentang emas. 
Walaupun keuntungan dalam masa panjang, tapi bagus kalau dapat simpan emas. 
jadi, sesiapa nak beli emas, boleh ler contact saya...

~peace... tiada pelaburan yang boleh jadi kaya cepat....Biar lamabt, asalkan selamat~

Lambat kahwin~

LPPKN pandang serius kahwin lewat

KUCHING 23 Mei – Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) memandang serius isu sosial yang berkaitan dengan trend melewatkan perkahwinan, terutama di kalangan wanita berpendidikan tinggi.
Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Dr. Anjli Doshi Gandhi berkata, fenomena itu boleh membawa implikasi kepada institusi kekeluargaan.
Beliau berkata, data terkini menunjukkan 30 peratus wanita di antara umur 25 dan 29 tahun belum berkahwin berbanding 25 peratus untuk lelaki di antara umur 30 dan 34 tahun yang masih bujang.
“Kami memberi perhatian serius trend perkahwinan yang semakin di lewatkan, khasnya di kalangan wanita yang memberi alasan bahawa mereka tidak ada calon yang sesuai,” katanya pada taklimat dan bual bicara Dasar Keluarga Negara (DKN) peringkat negeri Sarawak, yang di hadiri Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah di sini hari ini.
Beliau berkata, bagi lelaki pula, keadaan kewangan yang belum stabil adalah antara faktor yang menyebabkan lelaki dalam lingkungan umur awal 30-an belum berkahwin.
Sementara itu, Fatimah dalam ucapannya berkata satu pertiga dari 27.5 juta penduduk di negara ini terdiri daripada mereka yang berumur 15 tahun ke bawah dan akan memasuki usia perkahwinan menjelang 2020.
Beliau berkata, satu dasar yang komprehensif amat diperlukan dalam menghadapi cabaran pembangunan keluarga kerana golongan itu akan memberi kesan kepada penambahan isi rumah yang berlipat kali ganda dari jumlah sekitar 6.3 juta yang ada sekarang. – BERNAMA

Monday, 23 May 2011

~ToPiK Hot.fm Salah Siapa...~

Pagi tadi, dengar radio bab yang dikeluarkan adalah berdasarkan isu dalam surat khabar Utusan...
.....LAMBAT KHAWIN SERIUS....
kenapa mesti fokus 25 hingga 29 tahun????
Huhuhuhu.....
Tergolong juga ler aku ni dalam 30% ni yer????
Bukan kami sengaja nak kawin lambat, tapi dah yang lelaki minang lambat, macamaner?
huhuhu...
Yang lelaki of course nak stabilkan hidup dulu... I bukannya cara lelaki yang dah stabil mcm suami orang..
Cari bakal suami yang nak memulakan hidup baru...
hehehe
Tak apalah, yang pasti i pun nak kawin sudah...
Tak lama dah...
Dalam 6 bulan sahaja lagi...


~Peace....Tunggu kad jemputan khawinku nanti ye...

Sunday, 22 May 2011

~Syahdu..~

Dalam perjalanan pergi kerja tadi, dengar Hot.fm.. Topik hari ni brkisar tentang kejadian tanah runtuh yang berlaku di rumah anak yatim, batu 14, Hulu Langat. 

Bila dengar cerita macam ni, sedihnya. Tak tahu bagaimana nak menggambarkan perasaan syahdu ni. Setiap kali ada panggilan telefon ker teringat cerita ni ker nak menangis rasa.

Kesian pada anak-anak kecil yang tidak berdosa. Tapi apa boleh buat, inilah suratan takdir yang telah ditentukan oleh Ilahi. Kita sebagai manusia perlulah sentiasa beringat. Semua ni pasti ada hikmahnya. 

Tapi kadang-kadang geram juga. Bila berlaku benda camni, barulah masing-masing menunding jari pada orang lain. Semua nak cakap yang itu salah, tak diluluskan ler apa lah... Dunia hari ini.

Apa yang pasti, takziah buat keluarga serta waris mangsa dan pada dua orang adik yang kakinya terpaksa dipotong, tabahkan hati. Semoga kalian kuat semangat dan ingatlah bahawa Allah sentiasa bersama kalian.

~peace...tak boleh dengar cerita sedih...pasti nangis...huhuh~

Thursday, 19 May 2011

~SurPriSe 19 Mei 2011...~

Ni lah sejambak bunga dan sekeping kad yang dikirimkan oleh En.tunang tercinta, En.Shaiful Zikri....
Yang dihantar oleh BLOOMSHO FLORIST ENTERPRISE
pAdA Jam 2Petang...
Naik2 lunch jer Ada BUNga...hehehehe



                                  ~ 6 Kuntum bunga ros bersama 2 teddy bear yang comey.....~


 ~.......Kad ni ada makna....aper yang ditulis, BiArLaH RaHSia.....~

~.....I like it, darling...Thanx you very much.... Miss u lah.... 30 hb mei dah tak lama dah....~

HaRi ini DaLaM SeJaRaH

Hahahaaa....
Tengahari tadi, balik lunch...Waktu kat lif, pakcik cakap, orang DBKL round 3 kali. Aku pun apa lagi, berlari tengok kereta. Memang orang DBKL duk menyaman kereta. Aku pun cepat-cepat masukkan duit. 
Fuh, Selamat!! Terlepas...

Naik atas pula, terserempak dengan En. Yaakob... Dia duk kata, ada orang tu dapat bunga. 
Aku dengan Kak Syida apa lagi, tercengang-cengang ler...
Aku pun masuk.
Surprise...
Atas meja aku ada bungalah.
Dengan kad lagi... Kad ucapan maaf..
Apa yang ditulis....(rahsia ler)
Dari sapa?
Sudah tentu  dari tunangku ler...Mana ada boyfriend lain dah..Huhuhu
Hari ini memang dalam sejarah. Seumur hidup aku, ni ler first time org atar bunga padaku.

Terjawablah sudah.
Hari ini kiranya hari dalam sejarah sebab dapat bunga. Hahahaa (Nasib baik merajuk)
Bunga ros 5 kuntum dengan teddybear kecil 2. (comel jer) Boleh gantung dalam kereta. Hehehe
Senyum melebar ler aku...

~peace...suka... I LoVe U, Shaiful Zikri...~

Wednesday, 18 May 2011

Bab 3

   Sudah dua minggu ibu dan abah meninggalkan kami namun kami merasa bagaikan baru semalam peristiwa ngeri ini berlaku. Adik-adik kembarku pula, sering menangis bertanyakan tentang ibu dan abah yang akan membuatkan lidahku kelu untuk berkata-kata.

"Along, ibu dan abah mana? Dah lama mereka tidur di dalam sana, tak kan mereka tak nak bangun lagi? tak penat ke asyik tidur jer?", usu bertanya kepadaku dengan bahasa pelatnya sambil memandang abangnya, Syarif Arsyad. Aku termenung sejenak untuk memberikan penjelasan yang terbaik untuknya. Aku memandang angah untuk meminta bantuannya.
"Usu, ibu dan abah penat sangat. Mereka akan tidur kat sana. Nanti kalau raya, kita pergi menziarahi mereka ya", ujar angah. Usu dan adik seperti kebingungan tetapi mengangguk tanda mengerti. Lega hatiku seketika. Mereka berlalu pergi dan bermain bersama di halaman rumah.
   Kesian adik-adikku, mereka belum mengerti apa-apa lagi. Hilang sudah kasih sayang ibu dan abah untuk mereka.

  "Assalamualaikum..." Lamunanku terhenti. Angah sudah berlalu ke dapur.
  "Waalaikumussalam... Oh, mak long, mak angah dan mak usu. Eh, tok ketua pun ada sekali. Masuklah", pelawaku.
"Along, kami datang ni nak bertanyakan hal yang mak long beritahu kamu dulu. Kamu bagaimana?" Aku dan angah berpandangan.
"Along masih belum fikir lagi mak long. Along belum bersedia. Lagipun along belum bincang dengan adik-adik lagi", jawabku.
"Mak usu rasa, baik along ikut sahaja cadangan mak long. Nanti sekurang-kurangnya nasib kamu dengan adik-adik terbela. Lagipun, kamikan kira waris kamu yang ada sekarang". Usu berkata seolah-olah memujukku.
"Tapi bagi tok pula, along buatlah keputusan yang terbaik untuk diri along dan adik-adik. Jika kamu mahu tok uruskan kemasukan kamu ke rumah anak-anak yatim pun, boleh tok uruskan. Tapi keputusan UPSR kamu sangat baikkan? Sudah tentu kamu akan dapat masuk sekolah asrama penuh seperti yang diharapkan oleh ibu abah kamu. Masa itu, bagaimana nasib adik-adik kamu?"
" Eh tok, mana boleh biarkan budak-budak ni masuk rumah anak-anak yatim. Kami mak saudara mereka ada lagi. Lagipun, saya dan makangah mereka ni kaya dan berkemampuan. Boleh jaga mereka. Malu lah kami kalau tidak mampu menjaga anak saudara sendiri", ujar maklong.

Perbualan terhenti dengan kedatangan angah yang menatang dulung membawa air teh kosong sahaja.
"Jemputlah minum semua. Maaf lambat". Semua minum sedikit. Tok menyambung perbualan terhenti tadi.
"Aku bukan menafikan hak kamu sebagai pewaris. Aku cuma fikir yang kamu tu pun ada famili yang nak dijaga. Jadi, tak mahulah aku membebankan mereka pada kamu walaupun kamu mak sedara mereka. Nantikan, mana nak jaga anak-anak kamu lagi, mereka lagi. Larat ke? Nantikan serupa pepatah orang melayu, yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran", bangkang tok ketua kampung. Aku tahu, tok sangat mengambil berat akan anak-anak buah mereka yang ditimpa kesusahan. Nasib baik, ada tok yang memahami.
"Bagilah along masa untuk berfikir. Lagipun sekarang cuti sekolah. Along masih ada masa untuk memikirkan keputusan tersebutkan? Baiklah kami tinggal di rumah ini dulu. Bila hampir buka sekolah nanti, along bagi jawapan.Boleh?"
"Kalau begitu kata along, mak usu faham. Yelah, rumah ni pun banyak kenangan kalian dengan arwah. Mak usu pun masih bersedih. Ayah kamu tulah satu-satunya abang yang mak usu ada. Tapi tak sangka dia yang pergi dulu", kata mak usu dengan nada sedih.
"Kalau begitu, kami pulang dululah along. Air pun dah habis ni". Aku dan angah bersalam dengan mereka. Akhir kelibat mereka hilang dari pandangan.

  "Along, angah dah dengar tadi semua perbualan along dengan mereka. Kenapa along tak bincangkan perkara ni dengan angah?"
"Along bukan tak mahu bincang. Along pun masih buntu".
"Angah tak sanggup berpisah dengan adik-adik. Mereka sahaja yang kita ada sekarang. Lagipun, along masih ingat pesanan arwah ibu sebelum dia pergi menyahut panggilan Ilahi?"
"Along ingat. Tapi along buntu. Ibu dan abah suruh kita belajar bersungguh-sungguh hingga berjaya dan dalam masa yang sama dia meminta kita untuk menjaga adik baik-baik. Along buntulah angah", ujarku sambil memegang kepalaku.
"Tak apalah along. Kita akan cuba fikirkan yang mana baik, yang mana buruk dulu. Kita akan sama-sama lakukan solat istiqarah dulu ya meminta petunjuk Ilahi."
"Itu jugalah yang along fikirkan."
"Along jangan runsing sangat.Nanti along sama-sama fikirkan. Angah ke dapur dululah. Masak nasi untuk tengahari ini. Duit simpanan pun tak banyak tinggal. Tapi bolehlah untuk bertahan sebulan dua lagi".
"Tak mengapa angah. Cuti sekolah ada lagi 3 minggu. Along akan cari duit dengan menolong orang kampung. Insyaallah ada duitnya nanti".
"Yalah", along berlalu ke dapur.

Aku turun ke halaman dan menyarung selipar jepun burukku.
"Alang, jaga adik-adik ya. Along nak keluar sekejap".
"Baik along. Hati-hati, along".
"Baiklah", aku terus berlalu dan berjalan ke kebun-kebun yang ada di kampung ni. Biasanya, orang kampung akan minta menolong kebun mereka untuk dibersihkan. Nanti dapatlah aku upah RM10 sekali mengemas kebun mereka. Jadilah. Walaupun sedikit, sekurang-kurangnya ada.

KeraS HaTiku

Setiap manusia pastu tidak lari dari melakukan kesilapan. Namun, aku sebagai manusia kekadang menjadi seorang yang sangat keras hati dan sukar untuk dipujuk. Aku mengertu bahawa kesilapan itu yang tidak disengajakan tetap aku sangat keras hati untuk memaafkan. Adakah aku 'ego'??

Itulah aku yang kekadang sukar untuk dimengertikan. Sekali aku terluka, sampai bebila aku akan ingat perkara tersebut. dan lama-lama aku menjadi seorang pendendam tp just pendam perasaan jer..belum pernah buat perkara tak elok. Yang ketara, bila aku pendamkan perasaan, akhir sekali bila tak terluah aku membebel sorang2 pada dinding. Kalulah dinding tu boleh bercakap, mesti dia kata 'KAU GILA KER APA CAKAP DENGAN AKU'...hhahahahaa.

~peace... suka dipujuk..tp tak pernah pun orang pujuk dapat hadiah sejambak bunga..~

Tuesday, 17 May 2011

KeSeDiHan Di Hati



Hari ini aku dalam kesedihan. Aku tidak tahu pada siapa lagi aku mahu meluahkan perasaan sedihku ini. Sakit kepala menanggung kesedihan ini. Penat sudahku menangis. Namun apa yang membuatkan aku sedih? Tidak akan kuluahkan, cuma apa yang nak aku katakan aku sedih yang teramat sangat.


Ya Allah, keluarkanlah aku dari kepompong kesedihan ini. Aku pasrah atas segala ketentuanMU.


~peace...sedih sangat..penat dah menangis..~


~UjiaN HiDuP~

Setiap manusia akan diuji dengan pelbagai ujian dalam hidup ini. Setiap ujian yang diturunkan adalah berbeza-beza bagi setiao orang. Namun, ujian ini diturunkan ada sebab seperti untuk menguji keimanan seseorang, memberikan seseorang itu lebih kuat dalam hidupnya, atau untuk lebih rasa bersyukur atau macam-macam lagi.

Dan setiap yang diberikan ujian oleh Yang Maha Esa adalah mengikut kemampuan diri makhluknya itu. Aku juga berharap aku mampu bertahan dalam setiap ujian di dalam hidup aku terutamanya bila ikatan tali pertunanganku hampir mencecah 1 tahun. Untuk menunggu hari pernikahan itu, pelbagai ujian lagi yang akan terjadi. Namun, aku berharap, aku mampu bertahan. 

Namun kekadang terfikirnya aku bahawa, cinta itu sukar untuk dimengertikan apabila ujian mendatang. Aku berharap cintaku pada si dia tidak akan melebihi cintaku pada Yang Esa dan Kekasih, Rasulullah. Aku juga berharap ujian itu menguatkanlah imanku pada Maha Satu,


~peace...sentiasa tabah dengan ujian yang diberi..~

Sunday, 15 May 2011

~Selamat Hari Guru~

16 Mei merupakan hari yang sangat bahagia buat guru-guru di Malaysia kerana hari ini guru dikenang jasanya, diangkat martabatnya dan guru diberikan penghargaan atas pengorbanannya. Pada hari guru nilah, pelbagai hadiah akan sampai pada guru daripada anak murid. Namun hadiah-hadiah itu tidaklah penting berbanding hadiah paling berharga iaitu 'SEBUAH KEJAYAAN ANAK MURID UNTUK GURU-GURUNYA'.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada bekas rakan kerja saya di SMK SEKSYEN 10, KOTA DAMANSARA dan SMK BANDAR UTAMA DAMANSARA (3). Dua tahun berpengalaman sebagai guru sangat bermakna buat saya. Ku kutip pengalaman itu menjadikan pengajaran yang sangat bermakna dalam hidup saya. 

Buat bekas-bekas guruku yang pernah mengajar aku di SK PALOH PINTU GENG KOTA BHARU, KELANTAN (1991-1992), SRK SUNGEI WAY, PETALING JAYA SELANGOR (1993-1995), SK SULTAN HISHAMUDDIN ALAM SHAH (1995-1996), SEMERA, JALAN IPOH (1997-1999), SMK PUTERI WILAYAH, KUALA LUMPUR (2000-2001), MATRIKULASI KEMENTERIAN di KOLEJ TEKNOLOGI TIMUR, SEPANG, dan pensyarah di UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (sebab tak ada hari pensyarah kiranya masuk sekali dengan hari guru r...hehehe)... Selamat Hari Guru. Jasa Kalian sangat kukenang. Semoga kalian panjang umur dan diberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan perjuangan mendidik anak bangsa.


Kepada x-students saya di 1 Abu Bakar, 1 Ali (2009), 1 Abu Bakar, 1 Ali (2010), 1 Teratai, 1 Dahlia, 1 Kenanga, 1 Ixora BU(3)- (2010),.... Cikgu Doakan kalian berjaya dalam pelajaran sekaligus menjadi insan yang berguna kepada agama,  ibu bapa, masyarakat, dan negara.   Buat pelajar-pelajar 3 Abu Bakar dan Ali (2011), Semoga kalian berjaya dalam PMR hujung tahun ni. CIkgu sentiasa doakan kejayaan kalian.

Sesungguhnya, guru itu umpama 'Lilin Yang Membakar Diri'..


~peace... sentiasa ingat guru-guru~

Saturday, 14 May 2011

~MAKNA~

Kenapa hari ni aku tulis tajuk MAKNA sahaja? apa makna semua ni...(hehehee....)
Kepada sesiapa yang belum dengar, MAKNA ni merupakan satu badan NGO yang bermaksud Majlis Kanser Nasional.
Wanita merupakan golongan yang sering diserang Kanser. Lelaki dan kanak-kanak ada tetapi bilangannya tak seramai wanita. 
Jadi kepada rakan-rakan, marilah kita sama-sama mengambil peringatan tentang kanser ni kerana ia tidak mengenal usia.

FAKTOR-FAKTOR UTAMA KANSER:
1. Obesiti
2. Smoking (tidak kira rokok ker asap kereta ker asalkan apa jua bentuk asap)
3. No Breast Food (jadi sekiranya anda sudah menjadi ibu, susukan bayi anda. Jangan takut tidak cantik kerana kalau anda tidak menyusukan bayi anda, risiko untuk mendapat kanser lagi cepat.. )
4. Late give birth
5. High Fat Food
6. Mineral Bottle (pastikan botol yang anda guna hanya no.1,2,4, dan 5 sahaja.. Selain botol no.ni, botol tersebut tidak selamat.)
7. To much vitamins
8. Genetic (hanya 32% sahaja)
9. Strees (maka amalkan senyum selalu)
10. Food (ni memang punca yang dapat dilihat sekarang sebab cara pemakanan yang tidak betul, cara memasak makanan tersebut dan sebagainya. Nasib baik tak suka makan dikedai..hehehe)

ANTI-KANSER
1. Bawang putih, bawang merah, timun dan halia
2. Pasta
3. Brocoli (tapi paling bagus cara makannya buat juice)
4. Tomato
5. Green Tea
6. Fish (salmon, sardin, mackerel)
7. All fruit, green apple
8. Kurangkan makan daging serta daging ayam (senang semua jenis daging) _tapi yang organik tak mengapa.
9. Fiber
10. Low Fat Yogurt
11. Beans
12. Air masak

SIMPTOM-SIMPTOMNYA
1. perubahan pada air kecil atau air besar dalam jangka 2-3 bulan
2. Pendarahan luar biasa @ terdapat lelehan daripada mana-mana bahagian badan.
3. Luka @ bisul yang tidak sembuh (bertukar warna, berdarah @ ulser)
4. Pendarahan luar biasa dari hidung, tekak @ bunyi deringan di dalam telinga)
5. Terdapat ketulan yang tumbuh secara tiba-tiba dan tidak hilang diikuti dengan rasa sakit.
6. Senak dan kesukaran untuk menelan.
7. Sakit yang berterusan dan tidak selesa pada bahagian abdomen.
8. Suara menjadi serak @ batuk melebihi 2 minggu terutama pada mereka yang tidak merokok. Batuk penghisap rokok yang bertambah teruk.
9. Perubahan pada tompok kulit, ketuat ? kutil @ tahi lalat.
10. Rasa letih senantiasa dan / atau kehilangan berat badan yang mendadak (10% atau lebih) dalam masa 3-6 bulan.

ANTARA CARA MENCEGAH
1. Lakukan senaman 3 kali seminggu
2. Makan buah epal hijau sebijik satu hari
3. Minum air masak selepas bangun tidur sekurang-kurangnya 4 gelas @ 800ml.(dalam masa 20 minit)....(fungsi ni untuk keluarkan toksin, cegah gastrik, dan cegah diabetis jika diamalkan secara kosisten)...

Maka itu, ambillah langkah yang bijak...

~peace...cegah penyakit itu lagi baik dari mengubati.....~


Friday, 13 May 2011

Bab 2

"Along, ibu tahu along akan mendapat keputusan yang cemerlang esok. Ibu sentiasa doakan kejayaan along dan adik-adik. Esok, apabila ibu dan abah tiada, along dan angah jaga adik-adik baik-baik ya. Mereka kecil lagi. Belum mengerti kehidupan ini", pesan ibu malam tadi sewaktu kami sedang makan malam.
"Ibu dan abah nak pergi mana?' tanya angah kehairanan. Namun, ibu dan abah hanya tersenyum manis.
"Along dan angah berjanji akan menjaga adik-adik dengan baik ibu. Ibu dan abah pergi kerja tak lama kan?" tanyaku.
Mereka mengangguk sambil tersenyum.

"Syamil Aryan".
Lamunanku terhenti apabila tok ketua kampung menyentuh bahuku. Aku kembali ke alam realiti.
"Syamil, tok harap Syamil dan adik-adik banyak-banyak bersabar ya. Tok tahu, kalian masih kecil lagi namun kita kena redha suratan yang tertulis kepada kamu dan adik-adik kamu. Tok akan cuba membantu kamu dan adik-adik setakat mana termampu. Tok akan cuba mencari penjaga untuk kamu."
" Tak apalah tok. Ibu dan abah sudah berpesan pada along dan angah supaya menjaga adik-adik dengan baik jika mereka tiada. Along ingat mereka akan pergi sekejap sahaja, tetapi along tak sangka mereka akan pergi untuk selama-lamanya meninggalkan kami yang masih kecil melalui liku-liku kehidupan ini," sambil ku mengusap rambut adik-adik kembarku, Syarif Arsyad dan Syahirah Aafiyah.

  Mereka baru berusia 3 tahun dan belum mengerti apa-apa apabila melihat tubuh ibu dan abah berselimut diruang tamu petang tadi. Kata mereka, ibu dan abah sedang tidur. Orang lain tak boleh ganggu.
Hiba hatiku apabila mendengar kata-kata mereka. Sudah banyak airmata ini mengalir menangisi pemergian mereka.

Ibu, abah, along janji akan menjaga adik-adik dengan baik. Along akan sedaya upaya menjaga amanah kalian.

"Along, tok ketua dan orang kampung nak beransur dulu. Kamu jaga adik-adik ya. Nanti mak long datang lagi menjenguk kamu dan adik-adik. Betul kamu nak tinggal di rumah ni jer? Tak mahu tinggal dengan famili maklong?"
"Tak apalah maklong. Di sinilah, kenangan kami adik-beradik dengan ibu dan abah kami. Rasa sayang pula mahu meninggalkan rumah ini".
"Kalau begitu, tak mengapalah. Kami pulang dulu. Kalau ada apa-apa jangan segan beritahu kami ya!"
Aku hanya mengangguk lemah. Seorang demi seorang meninggalkan rumah pusaka ibu abah kami setelah selesai majlis tahlil. Aku hanya memandang mereka dalam kelesuan kerana hati ini masih belum bersedia menempuh hai esok.

Angah menutup pintu rumah dan memastikan semua pintu dan jendela berkunci. Aku mengangkat adik dan usu ke dalam bilik supay mereka tidur dengan selesa. Safiyyah Aathifah dan Syaraf Aathif sudah lama diulit mimpi. Mereka tertidur dalam tangisan memanggil ibu dan abah. Mujur ada, mak ngah dan mak su. Merekalah yang mententeramkan adik-adikku.

"Along, bagaimana kita nak meneruskan hidup ni tanpa ibu dan abah? Angah tak mampu, along. Angah rasa nak gugur hati ini bila menerima berita ni tadi. Angah tak sangka, pesanan ibu malam tadi merupakan amanat terakhir mereka" menagis angah kehibaan.
Terkesima aku seketika kerana aku juga memikirkan perkara yang sama.
"Angah, along pun sedih juga. Angah janganlah menangis Along lagi sedih sebab tidak dapat menunjukkan slip keputusan along. Along rasa, sia-sia sahaja along dapat 5A tapi tak mampu berkongsi kejayaan ini dengan ibu dan abah. Sebaliknya, kesedihan berganda yang kita dapat", ku mengesat airmataku yang jatuh berjujuran itu.
"Along, walaupun begitu ibu dan abah tahu yang along pasti akan dapat keputusan cemerlang. Tapi sekarang, apa yang mampu kita buat?"
Aku hanya memandang Syafikah Aathirah dengan kesayuan.
"Tak apalah angah. Ini sudah suratan kita. Sekarang angah pi masuk tidur dengan adik-adik. Along nak tengok apa yang belum kemas di dapur sana".
"Baiklah along. Angah pun dah mengantuk sangat dah ni Angah masuk tidur dulu ya".
Aku hanya mengangguk dan angah berlalu pergi.

Aku masih termenung di ruang tamu. Pelbagai perkara yang aku fikirkan terutama dengan kata-kata maklong tadi. Patutkah atau biarkan sahaja?

Ujian..

Inilah yang dikatakan ujian hidup ini. selepas satu, satu sakit menimpa. Baru-baru ni aku gatal muka, sekarang ulser pulak dalam mulut... seksanya Hanya Tuhan yang Tahu..

Nak kata tak cukup air, setiap hari aku minum sekurang2nya 8liter sehari... memang banyak sangat..tp tu ler, orang kata, kita buat ler macamaner pun untuk mengelak, tapi kalau benda nak jadi, akan jadi juga...

Aku pasrah. Harapkan cepat sembuh...doakan saya yermoga diberi kesihatan yang baik...Amin

~peaca...sakit itu mengajar kita untuk munasabah diri...~

Wednesday, 11 May 2011

Mata, Muka, Hidung habis GaTal...

Baruku tahu betapa seksanya gatal di muka, hidung dan mata... Petang semalam selepas makan tomyam yang ada udang, sotong, ayam dan daging, tetiba mataku sebelah kanan mulai gatal. Berair macam nak keluar airmata, tapi tak ada pun. Selepas itu, hidung nak bersin, tp tak bersin-bersih... Ya Allah, seksanya rasa.

Balik jer rumah aku rendamkan kaki dengan pendant quantum science kejap jer dalam 20 minit... Selepas tu, gatal-gatal pun hilang. Ayahku tegur naper dan aku cakap ler gatal muka. Ayah cakap RESDUNG kot. Aku pun baru ler teringat yang dulu pernah dah g kedai buat rawatan resdung 2,3 kali kat u dulu. ok dah. Tapi ni jadi balik...

Aku terfikir ler, apa yang leh jadi gatal ni? baru ler teringat pasal makan tomyam tapi aku fikir lagi sebelum ni makan seafood tak ada masalah pun. Apa puncanya erk?????

Pagi ni citer pada kak Syida dia cakap mungkin daging kot, ada juga orang alahan pada daging. Yang ni KEMUNGKINAN. Tapi apa-apa pun, ok lah. Dah tak gatal lagi.


~peace...suka kulit muka yang cantik tiada jerawat..~

Tuesday, 10 May 2011

~Pencarian~

Bab 1

     Suasana sekolah hari ini hiruk-pikuk dengan suara orang ramai. Ada yang mengalirkan airmata, ada yang melompat kegembiraan, ada yang berpelukan, ada yang rancak berbual, ada yang berlari-lari dengan rakan-rakan seperti berebutkan sesuatu dan bermacam ragam lagi manusia di sekelilingku ini. Kenapa begitu? Oh, sebab hari ini, merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh pelajar darjah 6 kerana keputusan UPSR telah keluar. Aku melangkah dengan penuh berdebar-debar ke kaunter kelasku 6 Mawar. Guru kelasku menanti dengan senyuman yang melebar apabila terpandang akan wajahku. Aku takut apabila melihat wajahnya. Walaupun cikgu Raja Khairiyah masih muda, tetapi dia seorang guru yang berwajah lembuh tetapi tegas. Namun apa yang diajar olehnya mudah untukku terima dengan baik. Aku suka akan cikguku ini kerana dia sentiasa mengambil berat akan masalahku.

   "Assalamualaikum cikgu. Cikgu apa khabar? Bagaimana dengan keputusan UPSR saya, cikgu? Berdebar-debar dah saya ni."
   "Waalaikumussalam Syamil Aryan. Alhamdulillah, cikgu sihat-sihat sahaja. Keputusan awk? Emmm....Awak tengok sendirilah ye", cikgu Raja Khairiyah menghulurkan slip keputusanku. Terketar-ketar aku menyambutnya.
" Ya Allah, aku bersyukur kepadaMu", sambilku menadah tangan memanjatkan kesyukuran yang tak terhingga. Aku tidak sabar untuk menunjukkan keputusanku kepada ibu bapaku. Aku mengucapkan ribuan terima kasih kepada guruku, Cikgu Khairiyah dan aku juga mengelilingi sekolah untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru yang telah berjasa mendidikku sehingga kini.

    Aku segera meninggalkan sekolah setelah bertemu dengan guru-guruku. Sesampai di rumah, adik-adikku tidak putus-putus bertanya akan keputusanku tetapi aku menunjukkan memek mukaku yang dalam kesedihan dan hanya mematukan diri sahaja apabila mereka bertanya. Apabila melihat mukaku, angah meminta adik-adiknya yang lain pergi main jauh-jauh. Maka acik membawa adik-adiknya bermain di halaman rumah.
"Along, tak mengapalah andai along tak dapat 5A seperti yang kami semua harapkan sebab along sudah cuba dengan sedaya upaya untuk belajar bersungguh-sungguh. Jadi ibu dan abah pasti tidak akan memarahi along. Mereka sudah pasti memahami kita sebagai anak-anaknya," kata  angah sambil memujukku.

   Angah merupakan seorang yang matang walau umurnya baru mencecah 10 tahun. Hal ini mungkin kerana dia yang selama ini membantu ibu menjaga adik-adik serta memasak untuk kami sekeluarga selepas pulang dari sekolah. Manakala, akan turut membantu angah mengemas rumah dan mengangkat baju serta melipatnya setelah baju di jemur oleh ibu di sebelah pagi. Begitulah rutin kami seharian.Walau begitu, ibu dan abah sentiasa mengingatkan kami agar belajar bersungguh-sungguh dan semoga berjaya mengubah nasib keluarga suatu hari nanti. Ibu dan abah sentiasa menemani kami apabila kami mengulangkaji pelajaran. Itulah ibu dan abah yang tidak pernah mengabaikan tanggungjawab memantau pelajaran kami.

  " Angah, mana ibu dan abah? Dari along duk di sini tadi, along belum nampak mereka pun? Sepatutnya mereka sudah pulang dari berkebun pada waktu begini," tanyaku kehairanan.
   " Oh, mereka ke pasar sekejap. Katanya nak masak lauk istimewa untuk along malam ni. Ibu tahu along mesti tidak menghampakan harapannya. Jadi ibu nak masak lauk best-best untuk kita malam nanti."
   " Tapi, kenapa mereka belum sampai lagi? Lambatnya. Along nak beritahu mereka keputusan along", aku sedikit sugul.
  " Sabarlah, along. Keja lagi ibu dan abah balik lah tu," angah memujukku.

     Seketika kemudian.
   " Assalamualaikum".
  Aku dan angah saling berpandangan. Aku melangkah menuju ke pintu. Aku melihat adik-adikku berada di sisi mereka.

Traffic Jem

Hari ini aku pecah rekod bertolak dari rumah pada pukul 6.30am sebab kena atar si adik g exam kat Baitulmal Kg.Pandan... Belum pukul 7 am kat sana jalan dah jem... Nilah Malaysia, ramai sangat orang pakai kereta.... (aku pun sama) hehehe...
Kadang2 jalan raya jem bukan sebab apa pun...
1. kereta perlahan perasan dia laju, so dia duk jalan paling kanan.. cukup pantang saya tengok sbb saya taknak ler naikkan lampu tinggi.... (aku ni pengguna lorong paling kanan - 120-130km/j)
2. Sekolah banyak sangat tetapi sekolahnya sekolah cina yang kebanyakannya duk tepi jalan... kalau sekolah Melayu dah lama kot...
3. Pemandu yang bawa kereta ni sesuka hati jer mencelah without signal.. Pastu mula lah menyushkan org nk kena brek.
4. keadaan kereta pun jadi masalah juga. Lampu brek ke-3 pun memainkan fungsi yang penting... Ni ada yang dah mampus lampu breknya, nasib baik aku tak langgar tadi...(nak buat macamana tadi laju...nasib baik sempat kubrek..)hehehe..
5. Of course sbb banyak sangat traffic light yang manual. jadinya, bila kereta tak ada pun, duk jer menyala... Kalau automatik senang, dia akan menyalakan lampu bila tempat yang ada kereta jer...so cepat sikit perjalanan..
6. menggunakan telefon bimbit ketika memandu... Masalah juga tu..mula bawa kereta cam kura-kura. (aku pernah ler juga tapi keretaku auto...fokus aku xhilang...hehehe)
7. Korang perhatikan sendiri ler...tak larat nak tulis dah..banyak sangat yang menyebabkan jem...

Tapi apa-apa pun, aku selamat tiba di opis dalam pukul 7.30pagi... Kira cepat dan pantas ler aku bawa kereta yerlah pemandu berhikmah dan cekap... 
So, untuk Adikku, SELAMAT MENJAWAB SOALAN EXAM. harapnya result sem ni lagi bagus. Cepat-cepat sikit boleh konvo... 

~ suka time Exam sebab nak cuti panjang...hehehehe~

Monday, 9 May 2011

....CuaCa PanAs...

Lumrah hidup beginilah. Andainya sejuk, bersungut, andainya panas juga bersuara dari kotak suara itu. Itulah manusia.. Lupa untuk bersyukur dengan apa yang telah di tetapkan oleh Pencipta Yang Maha Agung. Hal ini juga adalah bukan sekadar peringatan kepada orang lain, namun peringatan kepada diri sendiri juga. Walau bagaimana keadaan sekalipun, bersyukurlah kita pada YAng Maha Esa. Dia yang Maha Mengetahui akan segalanya. 

Tingkatkan ibadah sebagai senjata untuk amalan selepas mati. Di sinilah kita dapat menilai diri kita sebenarnya samada cukup atau tidak amalan kita itu. 

Cuma apa yang penting pada musim panas begini, banyakan minum air masak, bukan ais.. ais juga penyumbang kepada sakitnya tekak. Oleh itu, elakkan diri dari meminum ais yang berlebihan... Apa pun keadaan kita, bersyukurlah kita kerana masih di beri peluang untuk bernafas di bumi MilikNYA...
semoga kita semua diredhai olehNYA.. Amin..

~Peace..suka munasabah diri..~

Sunday, 8 May 2011

CiTa-CiTaku~

Aku ada cita-cita ni tuk diet...sejak kejer di Akademi YaPEIM, badanku naik 5kg dlm masa 3 bulan...adoi...
pening kepalaku...

nak kurus balik...uhuhu...nak kurus tp kena makan..kalau tak makan, aku sangat lapor... tolong ler bagi suggestion macamaner nak buat...

~peace..suka kurus n cantik~

HuJunG MinGGu~

Biasanya hujung minggu macam ni, saya suka relax dan tolong mak sikit-sikit jer...
Tapi hujung minggu kali ni, saya pecah rekod... Untuk ibu sempen 'Har Ibu'....Apa aku Buat???


Jeng..jeng..jeng...


Aku telah masak tengahari without campur tangan ibu...Rajin berlebih hari ini...hehehee...Tapi masakan simple jer...
Aku telah masak kari ayam, sayur kubis goreng n ikan goreng jer...ringkas kan? ok ler...biasa mak yang masak...tp hari ni aku yang masak...hehehe...Tahniah utkku...~ Ahaks..jangan jeles yer..


~peace...macam masakan ibuku dah ni..Hehehe~

Friday, 6 May 2011

SeLaMaT HaRi IbU

Bila tiba bulan Mei, banyak smbutan khas di buat seperti hari buruh, hari ibu, hari bapa, hari guru dan macam2 lg. tapi pada hari ini, 7 Mei, saya nak bercakap pasal 'hari ibu'. 

ibu merupakan insan yang banyak jasanya. kerana ibu yang mengangdungkan kita, melajhirkan kita, menyusukan kita, mendidik kita dan macam2 lagi pengorbanan ibu. semua jasanya sangat tidak ternilai. namun kekadang sebagai seorang anak, kita lupa pengorbanannya sehingga kita menyakitinya n membuatkannya menangis. satu ketika dulu, waktu aku kecil aku juga pernah menjadi lupa akan pengorbanan ibuku..hanya bila dewasa barulah ku tahu pengorbanan seorang ibu walaupun belum bergelar isteri @ ibu. ini kerana aku sering menjadi luahan hati kecil ibu tentang sikap anak2nya. dari sinilah, baru aku mengerti...

ibu, seteruk mana pun kami, kau tetap tabah menghadapinya. engkau seorang yang sangat sabar namun anak-anak yang masih kecil tidak mengerti akan perasaanmu. di sini, justeru, aku memohon maaf atas segala keterlanjuran kata, perbuatan selama ini terhadapmu. Maafkanku ibu...

Andai kau mengerti perasaanku, kerana aku sangat menyayangimu.. tanpamu aku tidak akan lahir kedunia ini..

SELAMAT HARI IBU BUAT IBUKU fauziyah mat, serta BAKAL IBU MERTUAKU YANG BERADA DI KOTA TINGGI, JOHOR... tanpa kalian, kami tidak akan bertemu dan bertunang.. kerana jasa kalian, kami bersatu dalam ikatan pertunangan ini. 

SEMOGA KALIAN DI CUCURI RAHMAT, DI PANJANGKAN UMUR DAN BAHAGIA SELALU DI SAMPING KELUARGA TERCINTA..

~IBULAH PERMATA HATIKU~

Thursday, 5 May 2011

HaRi Ini MooD HeppY baNgaT

Mesti semua orang pelikkan kenapalah 'aku' hepy sangat hari ni? HAHAHAHAHAHA.....hari ini sangat heppy kerana aku telah dapat saman parking....dua hari berturut-turut pulak tu... Bahagia sungguh rasanya hari ini.. Ingin kukhabarkan seluruh dunia akan keseronokanku ini...OH...samann!!!!!!!!!


tak mengapalah...aku redha aja.. akan kubayar samanmu  suatu hari nanti...


~peace....ati yang bahagia~

HaRi PeRpISaHaN BudaK PraKTikaL KUIS...ari ni...

Hari ni merupakan hari terakhir praktikal bagi adik2 iaitu Nisa dan Raheemah. Mereka dari KUIS yang telah mengikuti latihan industri selama 2 bulan di pejabat kecil ini... (kecil ker? boleh ler...) So, kami kakak-kakak yang baik hati ini telah mengadakan jamuan kecil-kecilan untuk mereka... (kecil tapi makanan penuh atas meja).


Antara menu yang menjadi pilihan ialah nasi lemak, pulut kuning, buah tembikai, puding, kek, makaroni dan segala macam lagi lah.. Penat ler nak habiskan makanan ni hari ini. hehehe....(nanti kemudian ler upload gambar erk).. memandangkan seorang bos tak da kerana MC. Sorry yer en.syam, kami makan semua erk..tak boleh simpan dah makanan ni. 


Apa2 pun, saya nak ucapkan 'selamat maju jaya' buat adik2 KUIS iaitu Raheemah dan Nisa. Semoga terus success dalam hidup. Andai kata ada niat nak sambung belajar, teruskanlah cita-cita tersebut. Kami di sini sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kalian.


SO, sekarang...kita enjoy makan....


~Kejayaan pastikan dalam genggaman~

ReSaH

Entah kenapa hari ini hatiku sangat resah... kekadang marah, sedih, kecewa, sakit hati dan pelbagai perasaan lagi yang melanda diri ini. Sedih bila memikirkan perasaan ini kerana ia sangta effect kepada org sekeliling. sampaikan rasa berat kepala..Apakah yang nak berlaku hari ini.
Ya Allah, ampunkanlah hambamu yang kerdil ini. Janganlah KAU lalaikan hatiku dari terus mengingatimu. 


Buat semua, maafkan aku andai terkasar untuk hari ini...


Mungkin menangis adalah yang terbaik untuk diriku tika ini.


~Airmata menemani tika berduka~

Wednesday, 4 May 2011

KaTa-kaTa Tuk WaNiTA...

Bila saya buka FB pagi ni, saya terbaca satu post adik junior (AJ) yang baru memulakan kehidupan di Kota Metropolitan ini. AJ merupakan anak kelahiran Sabah dan baru menamatkan pengajian di salah sebuah IPT d Utara...tempat yang nyaman tidak seperti di kota besar ini. Katanya, dia perlukan seorang lelaki untuk melindungi dirinya agar tidak diganggu oleh anasir-anasir yang berbau jahat terhadap dirinya ketika pergi dan balkik kerja terutamanya apabila naik kenderaan awam.

Maka itu, sukanya saya di sini untuk memberikan peringatan kepada kaum Hawa agar sentiasa berhati-hati di luar sana yang kita tidak mengetahui apa yang tersirat di luar sana. Oleh itu, sukanya saya untuk menginggatkan diri saya sendiri serta kaum sejenis saya agar BERLINDUNG DI BAWAH NAUNGANNYA YANG MAHA AGUNG...

Maka itu, waktu keluar rumah sekurang-kurangnya bacalah doa supaya kita selamat pergi dan balik kembali ke rumah. Baca ayat kursi pun sudah memadai yang kita berserah segalanya pada Yang Esa. Semoga ianya menjadi peringatan untuk kita semua....

~peace without war~

PerMuLaaN KAta

TaNggaL 4 Mei menYaksiKan Aku BerJAya MemoTIvaSikan Diri Untuk MeNCipTa BloG SeNDiri BerbaNDinG sebeLuM Ini HnYa PaNdAi SkodeNG BloG orAng Jer...Hehehe...
HaRap-Harap aku Ada Upaya Untuk menJadikannya satu perMUlaan Yang Baik Untukku menULIs...

~PEaCE...~