Friday, 13 May 2011

Bab 2

"Along, ibu tahu along akan mendapat keputusan yang cemerlang esok. Ibu sentiasa doakan kejayaan along dan adik-adik. Esok, apabila ibu dan abah tiada, along dan angah jaga adik-adik baik-baik ya. Mereka kecil lagi. Belum mengerti kehidupan ini", pesan ibu malam tadi sewaktu kami sedang makan malam.
"Ibu dan abah nak pergi mana?' tanya angah kehairanan. Namun, ibu dan abah hanya tersenyum manis.
"Along dan angah berjanji akan menjaga adik-adik dengan baik ibu. Ibu dan abah pergi kerja tak lama kan?" tanyaku.
Mereka mengangguk sambil tersenyum.

"Syamil Aryan".
Lamunanku terhenti apabila tok ketua kampung menyentuh bahuku. Aku kembali ke alam realiti.
"Syamil, tok harap Syamil dan adik-adik banyak-banyak bersabar ya. Tok tahu, kalian masih kecil lagi namun kita kena redha suratan yang tertulis kepada kamu dan adik-adik kamu. Tok akan cuba membantu kamu dan adik-adik setakat mana termampu. Tok akan cuba mencari penjaga untuk kamu."
" Tak apalah tok. Ibu dan abah sudah berpesan pada along dan angah supaya menjaga adik-adik dengan baik jika mereka tiada. Along ingat mereka akan pergi sekejap sahaja, tetapi along tak sangka mereka akan pergi untuk selama-lamanya meninggalkan kami yang masih kecil melalui liku-liku kehidupan ini," sambil ku mengusap rambut adik-adik kembarku, Syarif Arsyad dan Syahirah Aafiyah.

  Mereka baru berusia 3 tahun dan belum mengerti apa-apa apabila melihat tubuh ibu dan abah berselimut diruang tamu petang tadi. Kata mereka, ibu dan abah sedang tidur. Orang lain tak boleh ganggu.
Hiba hatiku apabila mendengar kata-kata mereka. Sudah banyak airmata ini mengalir menangisi pemergian mereka.

Ibu, abah, along janji akan menjaga adik-adik dengan baik. Along akan sedaya upaya menjaga amanah kalian.

"Along, tok ketua dan orang kampung nak beransur dulu. Kamu jaga adik-adik ya. Nanti mak long datang lagi menjenguk kamu dan adik-adik. Betul kamu nak tinggal di rumah ni jer? Tak mahu tinggal dengan famili maklong?"
"Tak apalah maklong. Di sinilah, kenangan kami adik-beradik dengan ibu dan abah kami. Rasa sayang pula mahu meninggalkan rumah ini".
"Kalau begitu, tak mengapalah. Kami pulang dulu. Kalau ada apa-apa jangan segan beritahu kami ya!"
Aku hanya mengangguk lemah. Seorang demi seorang meninggalkan rumah pusaka ibu abah kami setelah selesai majlis tahlil. Aku hanya memandang mereka dalam kelesuan kerana hati ini masih belum bersedia menempuh hai esok.

Angah menutup pintu rumah dan memastikan semua pintu dan jendela berkunci. Aku mengangkat adik dan usu ke dalam bilik supay mereka tidur dengan selesa. Safiyyah Aathifah dan Syaraf Aathif sudah lama diulit mimpi. Mereka tertidur dalam tangisan memanggil ibu dan abah. Mujur ada, mak ngah dan mak su. Merekalah yang mententeramkan adik-adikku.

"Along, bagaimana kita nak meneruskan hidup ni tanpa ibu dan abah? Angah tak mampu, along. Angah rasa nak gugur hati ini bila menerima berita ni tadi. Angah tak sangka, pesanan ibu malam tadi merupakan amanat terakhir mereka" menagis angah kehibaan.
Terkesima aku seketika kerana aku juga memikirkan perkara yang sama.
"Angah, along pun sedih juga. Angah janganlah menangis Along lagi sedih sebab tidak dapat menunjukkan slip keputusan along. Along rasa, sia-sia sahaja along dapat 5A tapi tak mampu berkongsi kejayaan ini dengan ibu dan abah. Sebaliknya, kesedihan berganda yang kita dapat", ku mengesat airmataku yang jatuh berjujuran itu.
"Along, walaupun begitu ibu dan abah tahu yang along pasti akan dapat keputusan cemerlang. Tapi sekarang, apa yang mampu kita buat?"
Aku hanya memandang Syafikah Aathirah dengan kesayuan.
"Tak apalah angah. Ini sudah suratan kita. Sekarang angah pi masuk tidur dengan adik-adik. Along nak tengok apa yang belum kemas di dapur sana".
"Baiklah along. Angah pun dah mengantuk sangat dah ni Angah masuk tidur dulu ya".
Aku hanya mengangguk dan angah berlalu pergi.

Aku masih termenung di ruang tamu. Pelbagai perkara yang aku fikirkan terutama dengan kata-kata maklong tadi. Patutkah atau biarkan sahaja?

No comments:

Post a Comment