Lumrah hidup beginilah. Andainya sejuk, bersungut, andainya panas juga bersuara dari kotak suara itu. Itulah manusia.. Lupa untuk bersyukur dengan apa yang telah di tetapkan oleh Pencipta Yang Maha Agung. Hal ini juga adalah bukan sekadar peringatan kepada orang lain, namun peringatan kepada diri sendiri juga. Walau bagaimana keadaan sekalipun, bersyukurlah kita pada YAng Maha Esa. Dia yang Maha Mengetahui akan segalanya.
Tingkatkan ibadah sebagai senjata untuk amalan selepas mati. Di sinilah kita dapat menilai diri kita sebenarnya samada cukup atau tidak amalan kita itu.
Cuma apa yang penting pada musim panas begini, banyakan minum air masak, bukan ais.. ais juga penyumbang kepada sakitnya tekak. Oleh itu, elakkan diri dari meminum ais yang berlebihan... Apa pun keadaan kita, bersyukurlah kita kerana masih di beri peluang untuk bernafas di bumi MilikNYA...
semoga kita semua diredhai olehNYA.. Amin..
~Peace..suka munasabah diri..~
No comments:
Post a Comment