Sudah dua minggu ibu dan abah meninggalkan kami namun kami merasa bagaikan baru semalam peristiwa ngeri ini berlaku. Adik-adik kembarku pula, sering menangis bertanyakan tentang ibu dan abah yang akan membuatkan lidahku kelu untuk berkata-kata.
"Along, ibu dan abah mana? Dah lama mereka tidur di dalam sana, tak kan mereka tak nak bangun lagi? tak penat ke asyik tidur jer?", usu bertanya kepadaku dengan bahasa pelatnya sambil memandang abangnya, Syarif Arsyad. Aku termenung sejenak untuk memberikan penjelasan yang terbaik untuknya. Aku memandang angah untuk meminta bantuannya.
"Usu, ibu dan abah penat sangat. Mereka akan tidur kat sana. Nanti kalau raya, kita pergi menziarahi mereka ya", ujar angah. Usu dan adik seperti kebingungan tetapi mengangguk tanda mengerti. Lega hatiku seketika. Mereka berlalu pergi dan bermain bersama di halaman rumah.
Kesian adik-adikku, mereka belum mengerti apa-apa lagi. Hilang sudah kasih sayang ibu dan abah untuk mereka.
"Assalamualaikum..." Lamunanku terhenti. Angah sudah berlalu ke dapur.
"Waalaikumussalam... Oh, mak long, mak angah dan mak usu. Eh, tok ketua pun ada sekali. Masuklah", pelawaku.
"Along, kami datang ni nak bertanyakan hal yang mak long beritahu kamu dulu. Kamu bagaimana?" Aku dan angah berpandangan.
"Along masih belum fikir lagi mak long. Along belum bersedia. Lagipun along belum bincang dengan adik-adik lagi", jawabku.
"Mak usu rasa, baik along ikut sahaja cadangan mak long. Nanti sekurang-kurangnya nasib kamu dengan adik-adik terbela. Lagipun, kamikan kira waris kamu yang ada sekarang". Usu berkata seolah-olah memujukku.
"Tapi bagi tok pula, along buatlah keputusan yang terbaik untuk diri along dan adik-adik. Jika kamu mahu tok uruskan kemasukan kamu ke rumah anak-anak yatim pun, boleh tok uruskan. Tapi keputusan UPSR kamu sangat baikkan? Sudah tentu kamu akan dapat masuk sekolah asrama penuh seperti yang diharapkan oleh ibu abah kamu. Masa itu, bagaimana nasib adik-adik kamu?"
" Eh tok, mana boleh biarkan budak-budak ni masuk rumah anak-anak yatim. Kami mak saudara mereka ada lagi. Lagipun, saya dan makangah mereka ni kaya dan berkemampuan. Boleh jaga mereka. Malu lah kami kalau tidak mampu menjaga anak saudara sendiri", ujar maklong.
Perbualan terhenti dengan kedatangan angah yang menatang dulung membawa air teh kosong sahaja.
"Jemputlah minum semua. Maaf lambat". Semua minum sedikit. Tok menyambung perbualan terhenti tadi.
"Aku bukan menafikan hak kamu sebagai pewaris. Aku cuma fikir yang kamu tu pun ada famili yang nak dijaga. Jadi, tak mahulah aku membebankan mereka pada kamu walaupun kamu mak sedara mereka. Nantikan, mana nak jaga anak-anak kamu lagi, mereka lagi. Larat ke? Nantikan serupa pepatah orang melayu, yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran", bangkang tok ketua kampung. Aku tahu, tok sangat mengambil berat akan anak-anak buah mereka yang ditimpa kesusahan. Nasib baik, ada tok yang memahami.
"Bagilah along masa untuk berfikir. Lagipun sekarang cuti sekolah. Along masih ada masa untuk memikirkan keputusan tersebutkan? Baiklah kami tinggal di rumah ini dulu. Bila hampir buka sekolah nanti, along bagi jawapan.Boleh?"
"Kalau begitu kata along, mak usu faham. Yelah, rumah ni pun banyak kenangan kalian dengan arwah. Mak usu pun masih bersedih. Ayah kamu tulah satu-satunya abang yang mak usu ada. Tapi tak sangka dia yang pergi dulu", kata mak usu dengan nada sedih.
"Kalau begitu, kami pulang dululah along. Air pun dah habis ni". Aku dan angah bersalam dengan mereka. Akhir kelibat mereka hilang dari pandangan.
"Along, angah dah dengar tadi semua perbualan along dengan mereka. Kenapa along tak bincangkan perkara ni dengan angah?"
"Along bukan tak mahu bincang. Along pun masih buntu".
"Angah tak sanggup berpisah dengan adik-adik. Mereka sahaja yang kita ada sekarang. Lagipun, along masih ingat pesanan arwah ibu sebelum dia pergi menyahut panggilan Ilahi?"
"Along ingat. Tapi along buntu. Ibu dan abah suruh kita belajar bersungguh-sungguh hingga berjaya dan dalam masa yang sama dia meminta kita untuk menjaga adik baik-baik. Along buntulah angah", ujarku sambil memegang kepalaku.
"Tak apalah along. Kita akan cuba fikirkan yang mana baik, yang mana buruk dulu. Kita akan sama-sama lakukan solat istiqarah dulu ya meminta petunjuk Ilahi."
"Itu jugalah yang along fikirkan."
"Along jangan runsing sangat.Nanti along sama-sama fikirkan. Angah ke dapur dululah. Masak nasi untuk tengahari ini. Duit simpanan pun tak banyak tinggal. Tapi bolehlah untuk bertahan sebulan dua lagi".
"Tak mengapa angah. Cuti sekolah ada lagi 3 minggu. Along akan cari duit dengan menolong orang kampung. Insyaallah ada duitnya nanti".
"Yalah", along berlalu ke dapur.
Aku turun ke halaman dan menyarung selipar jepun burukku.
"Alang, jaga adik-adik ya. Along nak keluar sekejap".
"Baik along. Hati-hati, along".
"Baiklah", aku terus berlalu dan berjalan ke kebun-kebun yang ada di kampung ni. Biasanya, orang kampung akan minta menolong kebun mereka untuk dibersihkan. Nanti dapatlah aku upah RM10 sekali mengemas kebun mereka. Jadilah. Walaupun sedikit, sekurang-kurangnya ada.
No comments:
Post a Comment