Thursday 5 May 2011

HaRi PeRpISaHaN BudaK PraKTikaL KUIS...ari ni...

Hari ni merupakan hari terakhir praktikal bagi adik2 iaitu Nisa dan Raheemah. Mereka dari KUIS yang telah mengikuti latihan industri selama 2 bulan di pejabat kecil ini... (kecil ker? boleh ler...) So, kami kakak-kakak yang baik hati ini telah mengadakan jamuan kecil-kecilan untuk mereka... (kecil tapi makanan penuh atas meja).


Antara menu yang menjadi pilihan ialah nasi lemak, pulut kuning, buah tembikai, puding, kek, makaroni dan segala macam lagi lah.. Penat ler nak habiskan makanan ni hari ini. hehehe....(nanti kemudian ler upload gambar erk).. memandangkan seorang bos tak da kerana MC. Sorry yer en.syam, kami makan semua erk..tak boleh simpan dah makanan ni. 


Apa2 pun, saya nak ucapkan 'selamat maju jaya' buat adik2 KUIS iaitu Raheemah dan Nisa. Semoga terus success dalam hidup. Andai kata ada niat nak sambung belajar, teruskanlah cita-cita tersebut. Kami di sini sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kalian.


SO, sekarang...kita enjoy makan....


~Kejayaan pastikan dalam genggaman~

No comments:

Post a Comment