Dalam perjalanan pergi kerja tadi, dengar Hot.fm.. Topik hari ni brkisar tentang kejadian tanah runtuh yang berlaku di rumah anak yatim, batu 14, Hulu Langat.
Bila dengar cerita macam ni, sedihnya. Tak tahu bagaimana nak menggambarkan perasaan syahdu ni. Setiap kali ada panggilan telefon ker teringat cerita ni ker nak menangis rasa.
Kesian pada anak-anak kecil yang tidak berdosa. Tapi apa boleh buat, inilah suratan takdir yang telah ditentukan oleh Ilahi. Kita sebagai manusia perlulah sentiasa beringat. Semua ni pasti ada hikmahnya.
Tapi kadang-kadang geram juga. Bila berlaku benda camni, barulah masing-masing menunding jari pada orang lain. Semua nak cakap yang itu salah, tak diluluskan ler apa lah... Dunia hari ini.
Apa yang pasti, takziah buat keluarga serta waris mangsa dan pada dua orang adik yang kakinya terpaksa dipotong, tabahkan hati. Semoga kalian kuat semangat dan ingatlah bahawa Allah sentiasa bersama kalian.
~peace...tak boleh dengar cerita sedih...pasti nangis...huhuh~
No comments:
Post a Comment