Tuesday, 17 May 2011

~UjiaN HiDuP~

Setiap manusia akan diuji dengan pelbagai ujian dalam hidup ini. Setiap ujian yang diturunkan adalah berbeza-beza bagi setiao orang. Namun, ujian ini diturunkan ada sebab seperti untuk menguji keimanan seseorang, memberikan seseorang itu lebih kuat dalam hidupnya, atau untuk lebih rasa bersyukur atau macam-macam lagi.

Dan setiap yang diberikan ujian oleh Yang Maha Esa adalah mengikut kemampuan diri makhluknya itu. Aku juga berharap aku mampu bertahan dalam setiap ujian di dalam hidup aku terutamanya bila ikatan tali pertunanganku hampir mencecah 1 tahun. Untuk menunggu hari pernikahan itu, pelbagai ujian lagi yang akan terjadi. Namun, aku berharap, aku mampu bertahan. 

Namun kekadang terfikirnya aku bahawa, cinta itu sukar untuk dimengertikan apabila ujian mendatang. Aku berharap cintaku pada si dia tidak akan melebihi cintaku pada Yang Esa dan Kekasih, Rasulullah. Aku juga berharap ujian itu menguatkanlah imanku pada Maha Satu,


~peace...sentiasa tabah dengan ujian yang diberi..~

No comments:

Post a Comment