Bab 1
Suasana sekolah hari ini hiruk-pikuk dengan suara orang ramai. Ada yang mengalirkan airmata, ada yang melompat kegembiraan, ada yang berpelukan, ada yang rancak berbual, ada yang berlari-lari dengan rakan-rakan seperti berebutkan sesuatu dan bermacam ragam lagi manusia di sekelilingku ini. Kenapa begitu? Oh, sebab hari ini, merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh pelajar darjah 6 kerana keputusan UPSR telah keluar. Aku melangkah dengan penuh berdebar-debar ke kaunter kelasku 6 Mawar. Guru kelasku menanti dengan senyuman yang melebar apabila terpandang akan wajahku. Aku takut apabila melihat wajahnya. Walaupun cikgu Raja Khairiyah masih muda, tetapi dia seorang guru yang berwajah lembuh tetapi tegas. Namun apa yang diajar olehnya mudah untukku terima dengan baik. Aku suka akan cikguku ini kerana dia sentiasa mengambil berat akan masalahku.
"Assalamualaikum cikgu. Cikgu apa khabar? Bagaimana dengan keputusan UPSR saya, cikgu? Berdebar-debar dah saya ni."
"Waalaikumussalam Syamil Aryan. Alhamdulillah, cikgu sihat-sihat sahaja. Keputusan awk? Emmm....Awak tengok sendirilah ye", cikgu Raja Khairiyah menghulurkan slip keputusanku. Terketar-ketar aku menyambutnya.
" Ya Allah, aku bersyukur kepadaMu", sambilku menadah tangan memanjatkan kesyukuran yang tak terhingga. Aku tidak sabar untuk menunjukkan keputusanku kepada ibu bapaku. Aku mengucapkan ribuan terima kasih kepada guruku, Cikgu Khairiyah dan aku juga mengelilingi sekolah untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru yang telah berjasa mendidikku sehingga kini.
Aku segera meninggalkan sekolah setelah bertemu dengan guru-guruku. Sesampai di rumah, adik-adikku tidak putus-putus bertanya akan keputusanku tetapi aku menunjukkan memek mukaku yang dalam kesedihan dan hanya mematukan diri sahaja apabila mereka bertanya. Apabila melihat mukaku, angah meminta adik-adiknya yang lain pergi main jauh-jauh. Maka acik membawa adik-adiknya bermain di halaman rumah.
"Along, tak mengapalah andai along tak dapat 5A seperti yang kami semua harapkan sebab along sudah cuba dengan sedaya upaya untuk belajar bersungguh-sungguh. Jadi ibu dan abah pasti tidak akan memarahi along. Mereka sudah pasti memahami kita sebagai anak-anaknya," kata angah sambil memujukku.
Angah merupakan seorang yang matang walau umurnya baru mencecah 10 tahun. Hal ini mungkin kerana dia yang selama ini membantu ibu menjaga adik-adik serta memasak untuk kami sekeluarga selepas pulang dari sekolah. Manakala, akan turut membantu angah mengemas rumah dan mengangkat baju serta melipatnya setelah baju di jemur oleh ibu di sebelah pagi. Begitulah rutin kami seharian.Walau begitu, ibu dan abah sentiasa mengingatkan kami agar belajar bersungguh-sungguh dan semoga berjaya mengubah nasib keluarga suatu hari nanti. Ibu dan abah sentiasa menemani kami apabila kami mengulangkaji pelajaran. Itulah ibu dan abah yang tidak pernah mengabaikan tanggungjawab memantau pelajaran kami.
" Angah, mana ibu dan abah? Dari along duk di sini tadi, along belum nampak mereka pun? Sepatutnya mereka sudah pulang dari berkebun pada waktu begini," tanyaku kehairanan.
" Oh, mereka ke pasar sekejap. Katanya nak masak lauk istimewa untuk along malam ni. Ibu tahu along mesti tidak menghampakan harapannya. Jadi ibu nak masak lauk best-best untuk kita malam nanti."
" Tapi, kenapa mereka belum sampai lagi? Lambatnya. Along nak beritahu mereka keputusan along", aku sedikit sugul.
" Sabarlah, along. Keja lagi ibu dan abah balik lah tu," angah memujukku.
Seketika kemudian.
" Assalamualaikum".
Aku dan angah saling berpandangan. Aku melangkah menuju ke pintu. Aku melihat adik-adikku berada di sisi mereka.
No comments:
Post a Comment