Sunday, 15 May 2011

~Selamat Hari Guru~

16 Mei merupakan hari yang sangat bahagia buat guru-guru di Malaysia kerana hari ini guru dikenang jasanya, diangkat martabatnya dan guru diberikan penghargaan atas pengorbanannya. Pada hari guru nilah, pelbagai hadiah akan sampai pada guru daripada anak murid. Namun hadiah-hadiah itu tidaklah penting berbanding hadiah paling berharga iaitu 'SEBUAH KEJAYAAN ANAK MURID UNTUK GURU-GURUNYA'.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada bekas rakan kerja saya di SMK SEKSYEN 10, KOTA DAMANSARA dan SMK BANDAR UTAMA DAMANSARA (3). Dua tahun berpengalaman sebagai guru sangat bermakna buat saya. Ku kutip pengalaman itu menjadikan pengajaran yang sangat bermakna dalam hidup saya. 

Buat bekas-bekas guruku yang pernah mengajar aku di SK PALOH PINTU GENG KOTA BHARU, KELANTAN (1991-1992), SRK SUNGEI WAY, PETALING JAYA SELANGOR (1993-1995), SK SULTAN HISHAMUDDIN ALAM SHAH (1995-1996), SEMERA, JALAN IPOH (1997-1999), SMK PUTERI WILAYAH, KUALA LUMPUR (2000-2001), MATRIKULASI KEMENTERIAN di KOLEJ TEKNOLOGI TIMUR, SEPANG, dan pensyarah di UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (sebab tak ada hari pensyarah kiranya masuk sekali dengan hari guru r...hehehe)... Selamat Hari Guru. Jasa Kalian sangat kukenang. Semoga kalian panjang umur dan diberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan perjuangan mendidik anak bangsa.


Kepada x-students saya di 1 Abu Bakar, 1 Ali (2009), 1 Abu Bakar, 1 Ali (2010), 1 Teratai, 1 Dahlia, 1 Kenanga, 1 Ixora BU(3)- (2010),.... Cikgu Doakan kalian berjaya dalam pelajaran sekaligus menjadi insan yang berguna kepada agama,  ibu bapa, masyarakat, dan negara.   Buat pelajar-pelajar 3 Abu Bakar dan Ali (2011), Semoga kalian berjaya dalam PMR hujung tahun ni. CIkgu sentiasa doakan kejayaan kalian.

Sesungguhnya, guru itu umpama 'Lilin Yang Membakar Diri'..


~peace... sentiasa ingat guru-guru~

No comments:

Post a Comment